AFFILIATE PILIHAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah lama menyepi nie rasanya Zumal perlu buat sesuatu. Apa tu? Bukan bisnes tapi nak kongsikan ilmu sedikit di samping peluang untuk korang. Memang bukan niat nak promote bisnes tapi serba sedikit akan terarah juga pada bisnes.
AFFILIATE
Pernah dengar tentang affiliate? Ala newbie macam Zumal pun tahu inikan pula korang para otai tu yer. Siapa kat sini join affiliate? Mesti ramai kan? Kalau korang blogger dah tentu ada yang join kan? Zumal kenal affiliate nie sejak berkecimpung dalam dunia blogger tapi tak tahu pula sebelum nie bisnes yang Zumal buat pun ada ciri-ciri affiliate tu.
MAKSUD AFFILIATE
Bagi korang yang newbie macam Zumal dah tentu tercengang dan terpinga-pinga apa affiliate tu. Jom Zumal terangkan apa itu affiliate. Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen) mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang.
Affiliate nie bermacam-macam jenis ada yang free dan ada yang berbayar. Pandai-pandai la korang pilih yang mana yang berkenan di hati. Semuanya bagus. Semua bergantung pada pembawaan kita juga. Pandai promote, masyuk la poket korang. Gitulah ceritanya.
BEZA AFFILIATE DAN DROPSHIP
Zumal cerita tadi affiliate nie jadi agen kan? Ingat tak? Tak ingat??? Baca balik maksud affiliate kat atas tu. Kalau agen maksudnya sama la dengan dropship kan??? Sama sebagai agen ja tapi tak serupa pun. Kenapa Zumal kata begitu?
Dropship korang kena promote barang tertentu dan korang yang kena urus proses dengan jual beli dengan customer kan? Korang kena tau barang tu camna, harga, stok dan lain-lain berkaitan barang tersebut. Kiranya dari A sampai Z korang lakukan sebelum dapat jual produk tu.
Beza pula dengan affiliate. Affiliate korang hanya perlu tahu asas produk je. Paling tidak pun tahu barang apa yang korang promote tu. Korang hanya share link affiliate korang pada umum. Orang tu minat dia akan klik dan tengok. Proses jual beli diuruskan oleh pemilik produk sendiri. Korang hanya dapat komisen bila jualan berlaku. Dan korang mungkin tak tahu pun siapa yang beli tapi just dapat komisen. Korang tak perlu tanya stok, alamat customer dan apa-apa berkaitan customer tu. Itulah beza affiliate dan dropship.
Mana yang mudah??? Dah tentu semua jawab affiliate kan... Ya. Affiliate ada peluang bisnes yang cukup mudah. Daftar, promote dan terima hasil.
AFFILIATE PILIHAN
Macam yang Zumal nyatakan tadi. Zumal sekadar nak kongsikan ilmu tapi akan terarah kepada bisnes juga. Lagi pun perkara baik kenalah berkongsi. Nanti orang cakap kita kedekut ilmu. Selama berkecimpung dalam dunia blogger ini hanya ada beberapa jenis affiliate je yang Zumal join.
Pertama sekali yang Zumal sertai adalah advertorial.my. Sebabnya advertorial.my nie lebih dekat dengan seorang blogger. Selain sebagai affiliate ia juga mempromosikan advertorial di blog Zumal. Alhamdulillah, walaupun berbayar Zumal dah dapat income ratusan ringgit dari program ini. Korang yang belum tahu boleh la terjah pada entri INI.
Tahun ini lebih banyak affiliate yang menarik minat Zumal. Kenapa? Sebabnya ianya percuma semasa dikenalkan pada Zumal. Tapi ianya mengenai bisnes tudung. Walaupun orang lelaki tak pakai tudung sekurang-kurangnya kita menggalakkan para muslimah menutup aurat. Tak gitu??? Antara affiliate itu adalah tudungsicomel.com dan Simplehijab. Untuk ketahui tentang tudungsicomel.com boleh klik SINI dan SINI. Manakala untuk ketahui tentang Simplehijab boleh terjah link INI.
Korang mesti pernah dengar tentang Ephyra? Mesti semua tahu tentang produk kesihatan dan kecantikan yang dutanya Norman Hakim dan Memey Suhaiza tu. Sekarang Ephyra pun dah ada affiliate. Sementara penyertaannya masih percuma jom daftar DI SINI.
Korang mesti pernah dengar tentang Ephyra? Mesti semua tahu tentang produk kesihatan dan kecantikan yang dutanya Norman Hakim dan Memey Suhaiza tu. Sekarang Ephyra pun dah ada affiliate. Sementara penyertaannya masih percuma jom daftar DI SINI.
Alhamdulillah dalam minggu ini Zumal terjumpa lagi bisnes affiliate yang hebat. Hebat macam mana? Hebat sebab tak perlu bayar juga. Disebabkan masih baru, Zumal belum cukup mahir menerangkannya. Jadi korang boleh baca selanjutnya DI SINI.
Semoga apa yang Zumal kongsikan memberi manfaat untuk semua di samping memberi peluang untuk korang turut sama memcuba. Salam maju jaya dari Zumal.
Erm good info Zumal.:)
ReplyDeleteHebat Zumal. Sha tak terkejar lagi nak belajar ilmu affiliate ni
ReplyDeletesamalah kita :) ...
DeleteSalam singgah sini zumal...sekarang memang dah ramai blogger yang join affiliate ni...semoga berjaya kat zumal...
ReplyDeleteamat membantu info yg diberi...teringin juga nk cuba...tq zumal.
ReplyDeleteow.. baru tahu , tq zumal ats penerangan ^_^
ReplyDelete*jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com
sedang berjinak2 dengan affiliate..hope menjad hehe
ReplyDeletesalam maju jaya juga buat zumal..
ReplyDeletekena rajin je..hihi
ReplyDeletetau jugak msikit-sikit pasal affiliate, tapi belum pernah cuba...
ReplyDeleteBaru tau juga..
ReplyDeleteMenarik jugakan promosi cara begini. All the best Zumal
Selamat berjaya Zumal..CP support Zumal
ReplyDeletedahsyat dah zumal sekarang ni.. hehehe
ReplyDeletelama xsinggah sini....semoga makin bertambah rezeki zumal...amin....
ReplyDeletenak join affiliate ni kena pndai susun strategi.. hsna pnah buat last2 tak kemana.. huhuhu..
ReplyDeleteall the best Zumal in what r u doing now
ReplyDeletegood info ! Nice write up..
ReplyDeleteaffiliate lebih mudah nak jalan..tetapi perlu tahap super rajin untuk mempromosi link
ReplyDeleteTahniah sebab rajin..hehe
ReplyDeletenice sharing ... wah dapat ratusan ringgit dari advertorial? dapat bayaran dari review iklan ke just dapat dari affiliate advertorial saje? cer jawab, macam berminat lak :)
ReplyDeleteItu contoh akaun affiliate. Sorang daftar melalui link kita akan dapat RM1.
Deleteso zumal dapat ratusan ringgit dari affiliate advertorial la yer, bukan dari advertorial review?
Deleteberminat nak buat duit dari review, tapi tak berminat nak buat duit dengan affiliate.
Deletesebab ramai yang promo advertorial ni target pada link affialiate sahaja. tu yang tak sure tu sama ada diorang ada dapat payment review dari advertorial ke tidak :)
Ya, itu pendapatan affiliate bukan dari review advertorial... Zumal kekadang ke dapat job review...
Deleteoh susah juga nak dapat review yer ... kalau bab affiliate ni tak berapa pandai la, dulu join jobdirumah, burn duit macam tu aje :)
DeleteKalau BW tak nak risiko tapi nak try, boleh join affiliate yang free. Zumal share banyak yang free aje. Hehe ^-^
DeleteZumal rasanye klu dropship kita kena cari & yakinkan cust yg uruskan proses penghantaran barang adalah agen/admin....
ReplyDeleteAlhamdulillah ..semoga segalanya dipermudahkan untuk Zumal..InsyaAllah aamin aamin
ReplyDeletesaya pun ada buat affiliate jugak, alhamdulillah ada rezeki sikit dalam affiliate ni =0
ReplyDeleteafiliate ni mmg bagus
ReplyDeleteall the best zumal. kira nak daftar tp tak daftar2 lagi. line tenet pun tak berapa bagus
ReplyDeleteteruskan usaha..pasti nait yang baik allah kabulkan
ReplyDeletegud luck zumal...
ReplyDeletemacam2 affiliate kan sekarang.. rajin ngan tak ja...
ReplyDeletemacam saya, pemalas... huk2
zumalll buat entry baruuu hihihihihi :p
ReplyDeleteWah...semakin ramai yang buat jana income melalui affiliate. Saya pun nak buat jugaklah... rugi sekiranya ada blog tetapi tidak buat iklan affiliate di blog, sekurang-kurangnya ada juga dapat sale.
ReplyDeleteJom kunjungi entri saya: Pengalaman Bersama ONEXOX.