KEMPEN JOM JADI AHLI PAWE
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Pernah dengar apakah PAWE? Bukan bisnes online atau mlm ok. PAWE adalah singkatan kepada Pusat Aktiviti Warga Emas. PAWE ditubuhkan untuk menyediakan tempat para warga emas untuk melakukan pelbagai aktiviti. PAWE berkonsep pusat jagaan harian di mana para warga emas boleh datang semasa tempoh kerja iaitu 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap Isnin hingga Jumaat. PAWE juga berperanan membantu anak-anak yang ada ibu bapa yang tinggal berseorangan di rumah, PAWE boleh dijadikan pusat penjagaan sementara untuk ibu bapa mereka. Kita tak perlu lagi risau tentang keselamatan ibu bapa kita semasa kita sedang kerja.
Gambar booth pawe di Arked Niaga Padang Besar semasa event Perwani |
Sekarang PAWE Perlis sedang menjalankan Kempen Jom Jadi Ahli PAWE. Keistimewaannya setiap ahli boleh menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh PAWE seperti aktiviti riadah, rekreasi, kerohanian, sukan, kesukarelaan dan lain-lain percuma tanpa ada had masa. Keahlian PAWE ini terbuka buat warga emas berstatus warga negara berumur 56 tahun ke atas, sihat dan mampu menguruskan diri sendiri. Jom Jadi Ahli PAWE segalanya PERCUMA.
Gambar kenangan bersama ahli ketika event bersama DYMM Raja Perlis |
Pusat Aktiviti Warga Emas
Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah
Jejawi Utan Buloh
02600 Arau, Perlis
HP: 012-574 7869
moga ramai akan jd ahli..
ReplyDeleteWAH BAGUS TU MESTI SGT BERMENAFAAT.
ReplyDeleteowh 56 tahun ke atas...bagus juga ada program macam ni
ReplyDeletebagus le.
ReplyDeletebagus tu...sebab kadang ada yang sibuk kerja tak ada orang nak jaga parents..balik kerja dah boleh ambil..hilang sikit risau =)
ReplyDeleteround2 sini jap
ReplyDeletebagus info ni
ReplyDelete