KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO
KUASAI KEHIDUPAN – Jadilah Jejaka ROMANO
Jejaka moden hari ini sememangnya menjalani kehidupan
yang penuh cabaran. Mereka inginkan keistimewaan tersendiri dan mahu sentiasa berada di
hadapan dalam hidup. Penampilan segak dan keyakinan adalah penting kepada jejaka bagi mengatasi cabaran dan menyerlah dalam setiap keadaan.
Wangian maskulin yang
unggul merupakan senjata tersembunyi bagi menyerlahkan keyakinan dan personaliti mereka.
Kejayaan seterusnya diraih apabila mereka mengawal keadaan dan menikmati setiap fasa kehidupan sama ada dari aspek profesional,
peribadi ataupun kehidupan sosial – mereka ialah Jejaka ROMANO.
Jejaka ROMANO
semestinya cemerlang dalam pekerjaannya. Mereka berkeyakinan tinggi, dan menguasai setiap perkara
yang dilakukan dengan tenang dan berkarisma. Mereka menjadi tumpuan ke mana
sahaja mereka pergi. Dihormati, bersemangat waja dan sentiasa di puncak, jejaka ROMANO
adalah epitome sebenar kejayaan.
Kehidupan sosial mereka sering dipenuhi keseronokan dan mereka tahu bagaimana untuk menikmati kehidupan.
Seorang jejaka moden yang aktif, ceria dan mesra, jejaka ROMANO
sememangnya menikmati hidup sepenuhnya!
Kuasai Kehidupan merupakan manteranya untuk berjaya.
ROMANO
Eau De Toilette baharu untuk jejaka moden menyerlahkan nilai tersebut dengan haruman maskulin sebenar
yang tersendiri. Wanita disekelilingnya pasti tertarik dan menyedari kehadiran mereka.
Peranan utama haruman maskulin ini adalah bagi mengaktifkan tarikan serta menciptakan keserasian sesama lelaki untuk saling berkomunikasi.
ROMANO
Eau De Toilette didatangkan dalam dua pilihan; FORCE dan UNIQUE untuk disesuaikan dengan sifat jejaka kontemporari.
Romano Force |
ROMANO
Eau De Toilette – FORCE
Ia mewakili jejaka unggul dengan tenaga hebat
yang tersendiri bagi memimpin dan menyelesaikan segala perkara. Kejayaannya disanjungi ramai, kekal tenang serta berpengaruh.
FORCE menggabungkan ekstrak wangian segar tumbuhan yang menyerupai bauan semulajadi.
Kesegarannya terserlah menerusi ekstrak sitrus bersama aroma Lavender, yang
diadunkan dengan nuansa lautan dan ekstrak maskulin Woody. Haruman maskulin ini khas untuk jejaka
urban aktif yang gemarkan cabaran dan berjiwa bebas.
Romano Unique |
ROMANO
Eau De Toilette - UNIQUE
Untuk jejaka berkeyakinan tinggi dan penuh potensi. Sentiasa berada di
hadapan dalam apa jua keadaan. Kejayaan dan kebolehannya membuatkan
orang sekeliling tertarik kepadanya. UNIQUE menyerlahkan kesegaran adunan Lavender
dan Bergamot. Wangian disempurnakan dengan ekstrak Woody serta kombinasi Sandal wood
dan Patchouli. Wangian moden ini memancarkan magnetisme, keyakinan dan memberikan
aura tersendiri kepada sang jejaka.
Wangian ROMANO
EDT ternyata adalah sentuhan terakhir bagi menyempurnakan keunggulan personaliti anda.
bw sini..:)
ReplyDeleteSetiap jejaka perlu dapatkannya ni
ReplyDelete