JENAMA RARE
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Selamat bertugas buat anda semua bagi yang bekerja tu yer. Zumal maybe masa entri ni keluar tengah siram pokok kot. Kalau tak sihat, maybe Zumal tengah sambung mimpi jer.
Awal bulan hari Zumal terserempak Ali Baba, bukan Ali Baba kat negara China tu. Tu haa, lori Ali Baba tu. Siapa yang lahir tahun 80an-90an sure kenal la logo Ali Baba tu. Zumal ingatkan jenama ni dah ditelan zaman rupanya masih wujud sampai sekarang.
Kalau dulu, keropok Ali Baba ler Zumal sebut. Bungkusan dia putih lepas ada logo tu kat depan. Dalam pakej tu ada pula bungkusan surat khabar yang membaluti keropok dan mainan. Pada harga 20sen dapat mainan dan keropok. Kira ok la. Keropok tu kebanyakan buang je.
Keropok Ali Baba ni kiranya sama macam surprise egg yang budak sekarang suka tu. Tapi zaman kami mainan macam depa dapat tu cuma 20 sen jer. Surprise egg tu ada kedai juai lebih RM4.00 kan. Pening kepala parent kan. Kawan Zumal yang ada anak tu cakap depa terpaksa melencong tang lain kalau nampak benda tu. Tapi rasanya sekarang taktik depa letak surprise egg tu dekat kaunter. Alamatnya terpaksa la hampa beli dekat anak-anak.
Tahun 1996 dan ke atas dulu, ini la keropok yang buat Zumal jana income harian. Zumal ni buat bisnes dari umur 12 tahun dan Ali Baba antara produk pelaris jualan Zumal. Walaupun berniaga dari zaman budak-budak tapi tak kaya-kaya juga. Hehe...
alolo... best apa kecik2 dah pandai meniaga. ada experience..
ReplyDeleteBetul tu,experience tu buat Zumal sayang nak tinggal dunia bisnes ni
Deletesaya masa kecil pernah berniaga pemadam...masa tu memang tengah popular lawan pemadam dekat sekolah..tapi dapat duit habis macam tu ja =)
ReplyDeleteHehe betul la masa dulu popular lawan pemadam. Zumal pun sama duit berniaga habis macam tu jer...
Deletehahaha...tapi tulah..setakat ni saya boleh dikatakan memang tak pandai berniaga...tolong-tolong macam tu ja =)
DeleteTakpe kumpul pengalaman dulu
Deleteya..setuju =)
Deletedulu memang nak beli sangat keropok ali baba tu
ReplyDeleteHehe sama la kita aRz
Deletetak pnah jumpa lg keropok ali baba...hahha..camna tuh..
ReplyDeleteBermakna umur bawah 30an kan
Deletekeroopok legend ni
ReplyDeleteBetul tu
DeleteRM4 yea harga suprise egg ni..boleh tahan
ReplyDeleteZumal maksudkan kinder bueno... Ali baba tu 20 sen aje...
DeleteDah tak ingt la pernah makan ke tak haha. Saya tahun 1995 hehe
ReplyDeleteAin lebih 11 tahun dari zaman zumal, maybe Ain dibesarkan dengan jenama lain dah...
Deleteingat2 lupa dah tapi rasa2 macam pernah makan keropok nih sebab dapat hadiah
ReplyDeletehaha
Keropok tu macam tak ade nilai je bagi kanak-kanak time tu yang penting mainan...
DeleteAlaa. Saya lahir 90an. Kenapa tak tahu pasal Ali Baba ni. hahaha
ReplyDeleteTerlepas dah tu
Deletekeropok x mkn nak menan je eh..klau2 anak-anak nak..tak yah bawak pegi kedai..tggal kat umah je hihih
ReplyDeleteSampai kena janji kalau nak ikut pergi kedai jangan mintak apa-apa
DeleteTudia.. dah RM4.00 eh, lama pun sy tak beli surprise egg ni xD
ReplyDeletePaling murah RM4.00, ada yang jual.lebih dari RM5.00 tau
Delete