SESI KEDUA FISIO
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Disebabkan mood tak berapa ok jadi entri baru pun tak ada la. Kenapa tak ok? Biasa la sebab kesakitan yang dialami.
Hari Rabu lepas bersamaan 18 April 2018, zumal menjalani sesi kedua fisio di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Untuk sesi kedua ni baru la zumal dikenakan bayaran. Biasa la orang awam yang tak kerja kerajaan kena bayar. Kos 1 sesi bersamaan RM5.00 jer. Masih mampu la. Walaupun zumal ni kais pagi makan pagi, tak kais tak makan ooo. Walaupun RM5.00, berat juga. Tapi kerana tak sihat terpaksa la. Terfikir gak macam mana orang yang lagi teruk dari zumal nak bayar kos perubatan. Nak pergi hospital kena naik bas atau teksi. Orang sakit lebih prefer teksi la. Kos teksi kat Perlis mahal gila sebab tak ada meter. Maybe dorang naik grab murah sikit, itu pun kalau dorang ada smart phone la. Tapi kalau dorang penerima bantuan JKM, rawatan free je. Zumal siapa la nak bagi bantuan. Dorang tengok boleh gelak tawa tentu sihat. Sebab sihat kena mai fisio.
Gambar semasa kaki diletakkan tuala panas |
Alamak termengata kat situ. Untuk sesi kedua ni rawatan tak lama. Lebih tajam maksudnya tak berbaloi dengan wang anda. Hehe. Masa sesi pertama ada urutan, rasa ok la sikit. Tapi masa sesi kedua ni zumal cuma diberikan rawatan ringkas jer.
Gambar semasa kena kayuh basikal |
Untuk sesi kali ini zumal cuma diberi rawatan macam bertungku kat kaki tu. Rasa panas sikit. Kemudian juru fisio ajar cara senaman ringkas. Lepas tu zumal kena kayuh gerek kejap. Tak sampai sejam dah habis. Sesi ketiga bakal dijalankan 2 minggu lagi iaitu pada 2 Mei 2018. Harapan orang sakit macam zumal ni semoga sesi seterusnya lebih baik. Insha Allah..
Semoga Zumal cepat sihat yea..
ReplyDeleteAmiin...
DeleteMoga ada perubahan baik bagi kesihatan Zumal.. ;)
ReplyDeleteInsha Allah, Amiin...
DeleteMoga cepat baik seperti sediakala yea..
ReplyDeleteInsha Allah, Amiin...
Deletesemoga cpt sembuh
ReplyDeleteInsha Allah, Amiin...
DeleteSemoga cepat sembuh la ya.. tak perlu ulang-alik hospital lagi :)
ReplyDeleteZumal harap pun begitu la...
Deleteharap lepasni zumal dah sembuh & tak payah ulang alik ke hospital dah. Rajin2 tungku zumal :)
ReplyDeleteInsha Allah, tapi next week kena pergi pulak
Delete