SUPPLEMENT BEROCCA DI MALAYSIA
Berocca |
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak diviralkan PM Malaysia yang ke 7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan supplement Berocca, ramai yang tercari-cari apakah Berocca tu... Ada yang ingin tahu harga Berocca dan di mana ianya dijual. Biasalah Tun M adalah seorang doktor pastinya apa yang dimakan dan digunakan itu adalah terbaik dan tiada kesan sampingan.
Berocca ni adalah supplement yang mengandungi kombinasi vitamin B dan C dengan dos yang tinggi. Ianya juga kaya dengan mineral seperti Kalsium, Magnesium dan Zink untuk memberi tenaga kepada penggunanya. Memang patut la Tun M menggunakannya kerana Tun M setiap hari menjalankan tugas secara all out tanpa cuti mingguan untuk memulakan pentadbiran baru.
Berocca ini sebenarnya hanya perlu diambil apabila perlu jika kita bukanlah seorang yang aktif dan banyak guna tenaga dan minda seharian. Ianya sesuai apabila hendak memerah otak untuk buat assignment, study week untuk nak exam, ataupun terpaksa driving jauh atau buat kerja berat. Hmmm maybe zumal pun perlu guna Berocca kerana zumal selalu letih dan selalu menghadapi masalah kesihatan yang rumit.
Tapi mesti tertanya-tanya di mana hendak beli Berocca? Farmasi jual tak Berocca ni. Jangan riasau Zumal dah survey untuk korang. Berocca ni korang boleh beli di Gurdian dan Watsons atau mana-mana farmasi berdekatan korang. Selain tu Berocca juga ada di jual di aplikasi jualan online seperti Lelong dan Lazada.
Harga Berocca pula antara RM27.00 hingga RM70.00 ++ mengikut pakaging dan kuantiti tabletnya. Macam yang kita tahu Tun M bukan seorang yang pemboros dan segala yang digunakan tak la terlalu mahal dan mewah. Jadi korang yang berminat dengan Berocca ni dah boleh pergi beli la...
perasan jugak produk ni mula viral selepas gambar tun m tgh makan ..nnti nak cari lah produk ni..
ReplyDeleteAerill Hassan
Jom kita cari
Deletesebelum ni tak pernah tahu pun pasal produk ni lepas viral baru tahu pasal produk ni. saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi
ReplyDeleteTerima kasih follow blog zumal, salam perkenalan yer
Deletesold out dalam masa beberapa hari
ReplyDeleteAah sejak viral semua laris
Deletenak cari jugak ni..badan memanjang lesu...posa x posa sama jer...
ReplyDeletebanyak farmasi dengan drugstore dah habis stok sebab viral :P
ReplyDeletemesti sold out mcm kasut bata hahahaha
ReplyDeleteBetul tu Anies
Deleteooo..kita tak tau apa-apa pun sebelum ni. thanks for sharing ye
ReplyDeleteSama la zumal pun
DeleteFirst time dengar product ni. Rasanya sy perlukan gak. Thankd for sharing :)
ReplyDeleteZumal pun rasa macam perlu cari juga ni
DeleteLaku teruk Berocca beberapa minggu ni :D
ReplyDeleteBoleh diambil semua peringkat umur ke?
ReplyDeleteha ha ha ari tu gi beli ubat batuk kat farmasi.
ReplyDeleteada tau survey beroca ni.
hasil dari viral Tun M tu lah.
tapi tak beli hi hi hi hi
saje saje jer.
Bila ramai Malaysian share pasal Berocca, tetiba baru perasan. Dalam drama Korea pun ada diorg makan Berocca, hehe
ReplyDelete