UMMI CORNER - NASI ARAB PILIHAN ZUMAL
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dah lama Zumal peramkan blog ni yer. Tak ada mood sebenarnya. Pagi semalam hujan sangat lebat. Lepas Subuh terima whatsapp dari sorang mak nenek perlukan bantuan nak pergi kerja. Dalam 6.30 Zumal terus keluar pergi ambil mak nenek tu hantar ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar (HTF). Lepas hantar dia, zumal singgah sarapan di Ummi Corner yang hanya beberapa meter saja dari HTF dan bertentangan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma.
Masa arwah tok ada memang selalu Zumal beli nasi arab di Ummi Corner sebab harganya tak mahal lepas tu portion banyak dan selalu Zumal kena habiskan nasi tok. Tok selalu order Nasi Arab Kambing atau pun ayam. Semua tu kenangan yang sukar dilupakan. Kami makan kekadang berkongsi berdua.
Antara Menu Ummi Corner |
Pagi semalam zumal tak makan nasi arab tapi zumal cuba capati dan kacang pool. Zumal order capati kuah ayam berharga RM2.50. Roti capatinya lembut dan menepati citarasa zumal.
Lepas makan capati zumal order kacang pool telur, berharga RM5.00. Sebenarnya ini kali pertama zumal nak makan kacang pool tu. Zumal tak tahu pun macam mana rupa kacang pool tu. Hahaha teruk tak, sangat kuno kan...
Alhamdulillah sangat berselera zumal makan, kebetulan masa tu hujan dan perut jadi lapar sebab malam sebelum tu makan awal di open house rumah pak andak. Makan roti bakar dengan kacang pool beserti kopi radix panas memang sangat membuka selera.
Muka tengah duk fikir nak tambah ke tak... Akhirnya zumal beli nasi lemak untuk adik dan anak menakan kat rumah. Sejam juga zumal melepak dari pukul 8.00 pagi sampai 9.00 pagi. Sebenarnya nak tunggu enjin kereta sejuk. Apa pun menu kat kedai ni sangat sedap dan harganya ok la juga. Tak mahal sangat dan kedai pun sangat selesa dan bersih.
Lupa pula nak beritahu, Ummi Corner dibuka Sabtu - Khamis dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kepada yang tak tahu kat mana Ummi Corner boleh la rujuk map di bawah ni. Lain kali Zumal nak cuba roti arab pula. Selamat menjamu selera...
Lupa pula nak beritahu, Ummi Corner dibuka Sabtu - Khamis dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Kepada yang tak tahu kat mana Ummi Corner boleh la rujuk map di bawah ni. Lain kali Zumal nak cuba roti arab pula. Selamat menjamu selera...
Dah lama LeYa tak ke Perlis lepas dah tamat belajar dulu.. Nanti kalau ada masa nak singgah semula la ke Kangar ni dan makan Nasi Arab Umi Corner..
ReplyDeleteOwh semoga dipermudahkan yer LeYa..
Deleteterbaek.. mesti sedap ni. :)
ReplyDeleteSedaaaaaaaaaap...
DeleteJemput singgah entry terkini ejulz :
ReplyDeletehttp://ejulz.blogspot.com/2018/07/konflik-seorang-pengkomen-tegar.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/ajal-tidak-lambat-sesaat-dan-tidak.html
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/top-komentor-sepanjang-zaman.html
Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html
Kejap lagi zumal singgah
Deletesdap tu zumal nasi arab..:)
ReplyDeleteFevret zumal ni Cik Nor
Deletealahai sedapnya...dah lama rasanya tak mkn nasi arab ni...
ReplyDeleteJom makan dekat Ummi Corner
DeleteMemang nampak portion nasi arab & ayam tu besar. Memang puas hati makan.
ReplyDeleteNanti cuba yer :)
Deletewow nampak menarik
ReplyDeleteMenarik kan, menggugat nafsu...
DeleteNampak sedap... selamat berblog kembali Dunia Zumal :)
ReplyDeleteTerima kasih Mizi...
Deletenasi arab kalau makan memang kongsi berdua sebab banyak. Memang lama betul lepak tu, jumpa kedai best lepak lama pun okay je kan
ReplyDeleteBetul tu Farhana kedai best lepak lama pun tak pa. Lagi pun makan sampai 2 menu, ambil masa juga la...
DeleteKalau ke perlis boleh singgah ni. Kacang pool tu paling menarik perhatian ana.
ReplyDeleteKacang pool tu first time zumal makan dan memang rasa nak pergi lagi...
Deletekcg pool antara wajib makan aida, kalau balik JB.
ReplyDeletemesti singgah :)
kat melaka dah ada few gerai yg sedap kcg pool nyer.
Mesti sedap kacang pool kat JB tu yer
Delete