BILA ORANG KL MAI PERLIS
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Pagi ni Zumal nak cerita mengenai sesuatu yang berlaku pada hari Ahad lalu. Eh tak ada yang suspend la. Sebenarnya pada hari Ahad lepas Zumal dapat jumpa rakan-rakan blogger dari KL. Depa mai untuk 5 hari kat Negeri Perlis ni. Ahad tu kiranya hari ketiga la depa di Perlis.
Paginya Zumal berniaga macam biasa la di Nat Pokok Getah. Tetiba naik notification di Facebook Acik a.k.a Rosmawati Aboo Hassan is nearby. Zumal poke Acik kat facebook. Rupanya pagi tu Acik dan kawan-kawan pun terjah Nat Pokok Getah tu. Pagi tu bateri fon Zumal dah nazak. Faham-faham la elektrik tak ada memang fon tak bercaj la kan. Jadi depa ada call zumal berkali-kali tapi tak berdering. Last sekali teringat nak ambil fon, kebetulan DBoy Ahmad call. Bateri tinggal 4% je, seriau kot habis dalam perbualan tu. Alhamdulillah sempat berbual sampai jumpa kat mana depa berada. Dapat bersalaman kat tengah jalan. Hehe...
Kat atas tu la lokasi Zumal berniaga Ahad lepas. Betul-betul dihadapan Kedai Fauzi Nasi Kandar. Zumal berniaga sampai dekat pukul 2.00 petang. Masa tu Acik whatsapp invite Zumal jumpa depa kat Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis.
Lepas habis berniaga Zumal terus pergi kedai. Al maklum la nak caj fon. Berehat dan solat kat kedai, dah pukul 6.00 petang Zumal balik rumah. Bersiap pula sebab Acik invite pukul 8.30 malam nak berjumpa ramai-ramai kat Hotel Putra Brasmana tu.
Tudia kami bergambar dekat Hotel Putra Brasmana bersama-sama. Zumal first time jumpa depa tau. Antara rakan blogger yang Zumal jumpa adalah Acik, Dboy, Eddy, Along Murni, Marou, Asyraf , Kak Min , Hakmal serta krew Borakkita. Tapi tak semua ada dalam gambar tu.
Malam tu kami bukan sekadar bergambar, ada aktivitinya. Nantikan entri seterusnya dari Zumal yer...
Alhamdulillah...seronoknya...
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletewah..bestnya..jumpa blogger kl..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat jumpa otai-otai
Deletewahhh dpt jumpa geng2 kl... mesti kecoh punya
ReplyDeleteHehe sememangnya kecoh habis.
DeleteWahhh mesti kecoh sesekali jumpa tu. Tengok gambar pun dah nampak happy nyaaa
ReplyDeleteDah lama nantikan saat camni tau
Deletekalau ke Perlis mesti terjah Padang Besar
ReplyDeleteLokasi wajib tu WP
Deletewow seronoknya jumpa rakan blogger di alam realiti. biasa jumpa di alam maya je.
ReplyDeleteBetul tu, Haziq pun tak jumpa lagi ni
DeleteSemua tempat ni sangat familier. Tarot sudah hampir 3 tahun study di Perlis. Hampir semua kawasan dah pergi, tapi masih belum menyeluruh.
ReplyDeleteNanti Tarot tengok blog dorang sebab ada tempat yang zumal sendiri pun tak pernah pergi
Deletebestnya dapat berkumpul dengan rakan blogger
ReplyDeleteBetul tu first time jumpa dorang
Deletesaya cuma kenal dua je blogger kat situ selain bro Zumal sendiri..
ReplyDeleteAcik dan Asyaf la jawapnya..
yang lain-lain belum lagi kenal sebab saya dah lemah gemalai aktiviti blogwalking sekarang ini..
Macam tu yer Mr. Hanafi
DeleteBestnya dapat jumpa dengan geng2 KL. Meriah nampaknya tu.
ReplyDeleteBetul tu memang meriah...
Deletewah meriahnya. seronok plak tengok ramai2 p perlis. kita g hat yai aritu lalu je la.hihihi...
ReplyDeleteNanti kena singgah juga jangan lalu jer tau
Delete