SAFI DERMASAFE - PRODUK TERKINI LEBIH MESRA KULIT !
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal yakin tak semua dari kita mudah untuk menggunakan sebarangan produk terutama gadis-gadis kat luar sana. Keluarga Zumal juga antara insan yang mempunyai kulit yang agak sensitif dan sukar memilih produk penjagaan diri. Adik perempuan Zumal sendiri sangat berhati-hati apabila memilih produk terutama untuk kulit muka. Silap pilih buruk padahnya. Tambahan pula muka merupakan aset penting bagi seorang wanita untuk menyerlahkan keyakinan diri mereka.
Rangkaian Produk SAFI DERMASAFE |
Alhamdulillah berkat pencarian akhirnya adik Zumal jatuh cinta dengan rangkaian terbaru produk SAFI iaitu SAFI DERMASAFE.
SAFI DERMASAFE - PRODUK TERKINI LEBIH MESRA KULIT !
Mulakan
transformasi kecantikan dan keyakinan diri dengan kulit yang sihat bersama SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara
kecantikan terbaharu daripada SAFI –
Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen
berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI
Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia.
SAFI
DERMASAFE adalah rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit”yang diuji
secara dermatologi, tanpa alergen dan
diperakui halal , mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk
pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi
formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi ,pewarna , alkohol , minyak
mineral dan ujian keatas haiwan.
SAFI DERMASAFE sesuai
digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit
sensitif. Rangkaian SAFI DERMASAFE
turut merumuskan khasiat kecantikan sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile
dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang
yang dapat mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat,
ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit lebih segar
dan bermaya.
“Semenjak
mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu
memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka
dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan
SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu
dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya Penggunaan produk penjagaan
wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona” jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama
SAFI.
Tambah
beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam
mendidik para wanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda
serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia
menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra
Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang
memiliki kulit sensitif.
Majlis
pelancaran SAFI DERMASAFE turut
menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah
berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal
masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang
sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
Dari kiri Dr Maryati (Pakar Estetik Perubatan), Siti Aishah Zulkifli (Brand Executive) dan Dr Usula Chong (Research Leader) |
“Diantara
faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat
terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga
penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit
serta bersolek untuk tempoh yang lama. Selain daripada itu gaya hidup seseorang
invidu itu juga turut memainkan peranan dalam masalah ini”.
Tambah
beliau lagi, “Ramai wanita yang beranggapan masalah kerengsaan kulit, ruam , jerawat
yang dialami mereka terutamanya apabila mencuba produk penjagaan wajah adalah
hanya kesan sementara dan menjadi penanda aras keberkesanan sesebuah produk.
Sebenarnya ini adalah tanda-tanda awal bahawa kulit telah terdedah kepada
produk yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan kulit anda sekaligus
menyebabkan kulit menjadi sensitif.
Rangkaian
produk dengan formulasi bebas Alergen dan “mesra kulit” adalah sesuai digunakan
untuk semua jenis kulit serta pencegahan awal dengan rutin produk penjagaan
kulit yang betul dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk.
Lengkapkan
rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE anda
dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care
, SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle, SAFI
DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh, SAFI DERMASAFE Pelembap Siang
Soothe & Hydrate & SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate
& Recover.
INFO PRODUK SAFI DERMASAFE
1. SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PEMBERSIH MUKA
TANPA Paraben . TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol . TIDAK diuji ke atas haiwan.
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care |
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah.
Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya.
CARA PENGGUNAAN:
Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.
HARGA: RM28.90 (150 ml)
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle |
SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri.
CARA PENGGUNAAN:
Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.
HARGA: RM19.90 (100 g)
2. SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PENYEGAR DAN PELEMBAP MUKA
TANPA Pewangi . TANPA Pewarna . TANPA Minyak Mineral . TANPA Alkohol . TIDAK diuji ke atas haiwan.
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh |
SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.
CARA PENGGUNAAN:
Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera .
Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.
HARGA: RM 39.90 (100 ml)
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate |
SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.
CARA PENGGUNAAN:
Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.
HARGA: RM35.90 (50 g)
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover |
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.
CARA PENGGUNAAN:
Oleskan ke muka dan leher yang bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.
HARGA: RM48.90 (50 g)
Rangkaian
produk SAFI DERMASAFE dipasarkan
pada harga RM19.90 – RM48.90 dan HANYA boleh didapati di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar
di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman
Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia. Rangkaian
produk SAFI DERMASAFE juga boleh
dibeli secara atas talian di https://www.watsons.com.my.
Ayuh
kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan
berkongsi kisah kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil
media sosial berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE
dan #SAFISKINSTORY.
***
MENGENAI JENAMA SAFI
Jenama
SAFI di lancarkan pada tahun 1985 dengan rangkaian minyak wangi, talkum dan
deodoran. Kemudian rangkaian produk SAFI diperkembangkan dengan kehadiran
produk penjagaan kulit muka. Pada tahun 1999, jualan rangkaian produk SAFI
melonjak apabila ia muncul dengan reka bentuk bungkusan produk yang lebih moden
dan feminin.
Kini,
SAFI menawarkan produk penjagaan kulit muka, ubat gigi, syampu,deodoran,
talkum, seleksi produk kosmetik, penata gayaan rambut, produk penjagaan
peribadi wanita dan juga produk mandian. SAFI merupakan jenama terbesar Wipro
Unza (M) Sdn Bhd semenjak tahun 2005.
Wah ada yang baru dari Safi ya...bagusnya..
ReplyDeleteYa PC, Safi keluarkan produk baru paling hebat
DeleteOrang lelaki pun patut cuba ni
ReplyDeleteHehe boleh jer
DeleteWah nampak lebih elegen produk SAFI DERMASAFE ni. Nak cuba lah nanti.
ReplyDeleteJom dapat sekarang
DeleteDulu pernah pakai Safi tapi sejak dah pandai guna produk oversea ni, dah tak pakai Safi..berlagak betul perangai kan? Hihi..takde la, gurau je..muka sesuai pakai Clinelle, itu yang dah tak pakai Safi tu..
ReplyDeleteOoo camtu yer, boleh juga cuba yang terbaru ni...
Deletebestnya guna produk safi ni. Anak-anak kak zi suka guna.
ReplyDeleteOh yeke Kak Zi. Terus setia dengan Safi k
Deletetak sabar nak mencubanya sendiri nanti :)
ReplyDeleteSelamat mencuba Kak AJ
DeleteOh! Safi ada produk baru ya...
ReplyDeleteNampak yang ni lebih menarik packaging dia
Ya. Bukan sekadar packaging tapi ramuan serta penghasilanya sangat terbaik...
DeleteTerima kasih
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeleteTerima kasih Ejulz
Deletemenarik....tapi saya dah beli produk daripada spa..takut juga kalau guna sebarangan,saya kulit sentitif.bila kene produk yang tak kena dengan kulit,mula lah naik..haiyaaa
ReplyDeleteapapun goodluck untuk produk safi!
Sama la Zumal pun kulit sensitif juga...
Deletebagus jugak tgk Safi ada kuarkan produk untuk kulit sensitif ni. boleh la nak usha2 nnti
ReplyDeleteJemput dtg blog myra tau!
https://hunnyandvanilla.blogspot.com/
Produk terbaru Safi ni memang sesuai untuk kulit sensitif. Terima kasih myra sudi follow zumal. Zumal dah followback tau...
Deletesafi nie dah lama di hati pengguna malaysia
ReplyDeleteBetul tu Farah
DeleteMenarik ni.. saya pun pengguna Safi.. mmg suka produknya sbb bau wangi :)
ReplyDeleteYer betul tu produk Safi memang wangi
Deleteberita baik bagi mereka yg mementingkan penjagaan kulit wajah
ReplyDeleteAah semoga bermanfaat buat semua
Deletesemalam pi watsons nmpk produk ni..tapi tak pula try sbb tak survey review lagi..ni bru bace..heheh..psst zumal awat kecik sgt tulisan..tak nmpk mata
ReplyDeleteOoo macam tu yer AD. Pasal tulisan nanti zumal besarkan
DeleteSafi baru ye..
ReplyDeleteAah ciktie, boleh try nanti
Deletelama juga produk ni.
ReplyDeleteBetul tu
DeleteProduk Safi memang produk yang sesuai dengan kulit akak.. =)
ReplyDelete