Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari ini Zumal akan kongsi sesuatu yang istimewa buat anda semua. Sebelum itu Zumal nak kenalkan Anchor Food Professionals buat anda. Zumal tahu ramai dah kenal Anchor Food Professionals (AFP) iaitu sebuah jenama perkhidmatan makanan terkenal dunia dari New Zealand. Sekarang AFP bertindak sebagai sebuah perunding yang bergerak di belakang tabir dalam mengeluarkan produk dan citarasa baru buat para chef, bakers, perkhidmatan katering, hotel, restoran, kafe dan sebagainya. Team AFP membantu perniagaan dalam setiap aspek merangkumi operasi, front-of-house presentation, penentuan harga dan promosi dalam memperkenalkan citarasa dan menu baru. AFP menerusi jenama produk tenusu mereka iaitu Fonterra telah menjalankan proses kajian dan pembangunan (RND) bagi menghasilkan keperluan sebenar seorang chef, bakers dan pemilik restoran untuk memastikan setiap menu yang diperkenalkan menepati kehendak pelanggan.
Sebelum ini AFP telah banyak menjalankan pelbagai kempen dalam memperkenalkan menu baru mereka seperti kempen Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes. Kini AFP membawakan kepada anda MOODMOJEE CAMPAIGN. Dalam kempen Moodmojee ini AFP memperkenal 6 minuman non-alcoholic yang diinspirasikan oleh Encik Jack Tan iaitu Associate Foodservice Director Anchor Food Professionals.
|
Ucapan aluan dan pengenalan kempen Moodmojee oleh pihak AFP |
|
Puan Lily (Pemilik La Taste) rakan partner AFP dalam kempen Moodmojee |
Selepas penerangan oleh pihak AFP dan cafe yang terlibat, kami dihidangkan dengan menu minuman yang diperkenalkan untuk kempen Moodmojee ini. Pada hari tersebut Zumal telah diberi peluang menikmati 3 menu minuman daripada 6 menu kesemuanya.
|
3 jenis minuman dalam kempen Moodmojee |
|
Yuzu Chocolate Surprise |
|
Pom & Grey Twist |
|
Lemon Mint Meringue |
Untuk fokus utama minuman dalam siri kempen
Moodmojee ni Zumal nak kongsikan dulu tentang
Yuzu Chocolate Surprise. Minuman ini sangat sesuai untuk penggemar coklat di luar sana. Ianya adalah kombinasi antara kenikmatan rasa coklat beserta Yuzu puree dan rasa lemon candy. Produk Anchor yang digunakan dalam minuman ini adalah Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream. Yuzu Chocolate Surprise ini dihasilkan oleh Chef Ichiro.
Seterusnya Zumal kongsikan citarasa
Pom & Grey Twist. Pom & Grey Twist adalah sejenis cheese tea yang mengandungi kombinasi sirap delima (pomegranate) dan dilapisi diatasnya dengan Chocolate Cream dan taburan serbuk koko disamping isi buah delima yang membangkitkan lagi rasa delima di dalam minuman ini. Antara produk Anchor yang digunakan adalah Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream. Menu Pom & Grey Twist ini dihasilkan oleh Chef Ken.
Akhirnya menu yang Zumal nikmati adalah
Lemon Mint Meringue. Lemon Mint Meringue ini adalah kombinasi lemon mint dan vanilla ice blended. Selain itu ianya juga diadunkan bersama biskut perisa lemon, lemon candy dan orange candy yang membuatkan citarasanya sangat sedap dan menarik. Sejujurnya menu ini sangat kena dengan tekak Zumal. Produk Anchor yang digunakan dalam minuman ini adalah Anchor Whipping Cream. Menu ini telah dicipta oleh Chef Firuz.
|
Zumal dengan Lemon Mint Meringue di salah sebuah oulet di Butterworth |
|
Zumal nikmati Yuzu Chocolate Surprise di salah sebuah outlet di Gurun |
Tiga lagi menu minuman yang belum sempat Zumal rasa adalah
Kaya-Nika Fusion,
Tangy Brew dan
White Chocoffee. Tak sabar nak rasa nikmat tiga lagi menu tu. Kenapa tak sabar, kerana menu Moodmojee beverage ini membangkitkan mood yang baik untuk sesiapa saja yang menikmatinya. Hebatkan! Anda pun harus cuba, tak kenal maka tak cinta, kalau tak rasa macam mana nak jatuh cinta kan...
Bagi anda yang ingin nikmati menu-menu minuman dalam kempen Moodmojee ini anda boleh terjah oulet-outlet berikut,
La Taste (Penang & Kedah),
Choon Guan Coffee Shop (Selangor),
Gafe Kafe (Selangor),
Love Tea F&B (Johor),
Living Room (Johor),
Cofeology Cafe & Restaurant (Melaka),
Overstepped (Kedah),
Lavish Fusion Bakery (Penang),
HIVE by Love A Loaf (Penang),
Family Confectionary and Baker's Hut (Perak),
Delight Factory (Sabah),
Chiu's Cafe (Sabah) dan
Lucky Bean (Sabah).
#MoodMojee #AnchorFoodProfessionalsMY
Boost Your Mood
Hurm... kat Negeri Sembilan takde lagi ek?
ReplyDeleteNampaknya begitu la tapi apa yang zumal tahu, nanti AFP akan kembangkan menu ni untuk outlet baru juga.
DeleteProm & Grey Twist tu nampak sedap sebab combination delima dengan coklat
ReplyDeleteBetul tu Farhana, sedap juga lagi pun zumal suka delima
DeleteWAH PRODUK TERBAIK UTK KSHTN BOLEH CUBA
ReplyDeleteBetul tu akak PI, ianya baik untuk kesihatan
Deletenampak sedap
ReplyDeleteNanti Mizi cuba di outlet berhampiran yer
DeleteMisai mana misai ? hahahaha
ReplyDeleteKita suka yg coffee tu, shedap!!
Tak lekat misai. Hahaha
Deletesaya suka yuzuuuuuuu
ReplyDeletewowww, zumal suka lemon mint tu
Deletehausssnya tgk air2 tu...yummmyyy
ReplyDeleteNanti sila terjah cafe yang berdekatan yer
DeleteMenarik tu... nak kena cari outletnya la pulak...😏
ReplyDelete