PASAR KARAT DAN FOOD TRUCK STATION @ UTC PERLIS
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Bertemu lagi kita dalam titipan blog picisan ini. Pagi ni Zumal nak kongsi pengalaman berniaga di lokasi baru perniagaan Zumal dan Zumal berpeluang menjadi antara peniaga terawal memulakan perniagaan di Pasar Karat dan Food Truck Station @ UTC Perlis pada hari Sabtu lalu semasa ia dilancarkan. Masih belum ramai peniaga yang mula berniaga pada hari tersebut. Mungkin Sabtu ini bakal penuh tapak perniagaan ini.
Tapak perniagaan adalah sekitar UTC Perlis terdiri daripada 10 tapak food truck, dan 100 tapak lagi untuk pelbagai seperti, barang lama, barang antik, koleksi khas, pakaian, bundle, pertanian dan macam-macam lagi la.
Tapak Pasar Karat dan Food Truck Station @ UTC Perlis ini akan dilangsungkan secara tetap pada setiap hari Sabtu dari pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam. Di samping membeli-belah, makan-makan korang juga boleh berurusan dengan agensi kerajaan yang ada di UTC Perlis ini. Masa menikmati makanan korang juga akan dihidangkan dengan tontonan skrin layar di hadapan food truck station tu.
Kelebihan lain korang membeli-belah di sini adalah korang boleh la tawar-menawar seperti di Nat Pokok Getah untuk barangan kategori berkaitan. Sekarang ni musim berjimat cermat jadi memang sesuai la berbelanja di sini.
Kepada peminat pasar karat boleh la ke tapak Zumal berniaga di sebelah kiri pintu masuk UTC Perlis iaitu di lot 9 dan 10. Macam nak promote pun ada kan. Mesti la kan. Jumpa korang di sana yer.
zumal niaga apa tuuu
ReplyDeleteZumal jual barang-barang lama dan terpakai jer
DeleteSambil org bli brg kt psr karat sambil juga mkn minum kt food truck yg ada..best juga tu
ReplyDeleteBetul tu, kalau cuaca baik memang best!
Deletealaa kalau start awal boleh la pergi
ReplyDeleteHmmm pukul 5 petang baru start. Itupun ada yang sampai lewat
DeleteMenarik.. suka juga dpt dtg pasar karat ni. Teringin juga nak pergi klu ke perlis nanti, leh jumpa zumal sekali :)
ReplyDeleteHehe, datang la yer. Dah lama tak jumpa...
DeleteUish macam best ja, nanti cheq nak pi jenguk UTC jugak laa..InsyaAllah 😎
ReplyDeleteJemput datang yer
Deletekn promote kuat sikit kadi org serbu
ReplyDeleteAlhamdulillah dah banyak group zumal promote event ni
Deletemahal ke sewa tapak?
ReplyDeleteRM3 je untuk pasar karat, food truck RM15
DeleteSemoga dimurahkan rezeki ya Zumal..usaha dan tak kenal putus asa..meniaga ni sunah nabimuhammad SAW
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih cikgu
DeleteADA REZEKI NK JUGA KE SINI JUMPA ZUMAL
ReplyDeleteInsha Allah akak PI. Moga dipermudahkan
Deletesuka kalau pergi ke pasar karat ni sebab banyak benda jual. Mesti merah kan dekat sini zumal? All the best zumal :)
ReplyDeleteAlhamdulillah sambutan kali pertama pun meriah. Terima kasih Farhana.
Deletejauh beno nk pegi nat pokok getah tu..bab boleh tawar menawar ti sis JM paling suka hihih
ReplyDeleteDari rumah zumal pun jauh juga. Yang dekat di UTC jer. Jemput la datang, rasanya minggu ni dan minggu depan nak cuti jap
Delete