Tempat – tempat Menarik Harus Dikunjungi Musim Cuti Sekolah Ini Bersama Anak Anda
Tempat – tempat Menarik Harus Dikunjungi Musim Cuti Sekolah Ini Bersama Anak Anda
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Seperti yang kita tahu ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur merupakan sebuah kota raya yang hidup tidak kira siang atau malam. Di sekitar kota raya ini ada sahaja perkara yang menarik untuk dilakukan tak kisahlah secara percuma atau berbayar, tua ataupun muda, rajin tak rajin nak discover je sebenarnya.
Sangat banyak aktiviti menarik untuk dibuat di bandaraya yang bertaraf dunia ini. Dari aktiviti yang lasak hingga ke aktiviti yang santai, banyak yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga. Di sini, kami senaraikan tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur untuk dilawati, jangan buang masa lagi, sekolah pun dah mula cuti, jom kita terokai kota raya yang penuh warna-warni ini!
1. District 21
District 21 |
Keluasan playground District 21 yang terletak di IOI Mall Putrajaya ini adalah 70,000 kaki persegi, bayangkan betapa banyaknya aktiviti interesting yang boleh dilakukan di satu lokasi yang sama ni.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh anda buat untuk mengepam adrenalin anda adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Launch Pad untuk anda yang suka bermain trampolin tapi ini versi yang lebih gempak. Jangan lepaskan peluang yer.
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Alamat:
District 21, AT 6,
Level 1, IOI City Mall,
Lebuh IRC, IOI Resort City,
62502 Putrajaya
2. Berjaya Times Square
Merupakan bangunan kesembilan yang terbesar di dunia dengan 700,000 kaki persegi, Berjaya Times Square menempatkan lebih daripada 1000 kedai. Kalau anda nak shopping di sini, sehari memang tak cukup untuk ke semua kedai yang ada di sini.
Taman tema indoor di Berjaya Time Square |
Harga-harga pun bermacam-macam, ada murah, ada mahal, boleh rambang mata kalau bershopping di sini. Kedai makan pula terdapat dalam 65 buah untuk dipilih mengikut selera anda. Yang bestnya lagi, dalam pusat membeli-belah ini juga terdapat taman tema indoor yang memiliki banyak permainan yang menyeronokkan termasuklah roller coaster, ya, roller coaster di dalam bangunan, cukup menarik bukan? Anda tak seharusnya lepaskan peluang hebat ini.
Alamat:
Berjaya Time Square,
No. 1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur
Beli Tiket : BERJAYA TIMES SQUARE INDOOR THEME PARK
10 %
OFF
3. Aquaria KLCC
Aquaria KLCC |
Aquaria KLCC yang terbesar di dunia ini terletak di dalam salah satu bangunan yang tertinggi di dunia, apa lagi sebab untuk anda tidak datang ke sini? Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut. Yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Pengalaman ke akuarium ini pasti akan menjadi pengalaman yang sangat indah buat ahli keluarga anda.
Aquaria KLCC |
Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini yang terbahagi dengan kaca akuarium, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air. Jangan risau ya, sebab ikan jerung di akuarium ini telah dijinakkan dan selamat untuk didekati. Pengalaman yang pasti menyeronokkan!
Waktu Operasi:
Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Alamat:
Kuala Lumpur Convention Centre,
Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur
Beli Tiket : AQUARIA KLCC
4. Farm In The City
Farm In The City |
Farm In The City adalah sebuah taman berkonsepkan petting zoo di mana anak-anak berpeluang untuk menyentuh dan memberi makan kepada haiwan-haiwan yang terdapat di dalamnya. Berbanding dengan zoo biasa seperti Zoo Negara, haiwan yang terdapat di Farm In The City ini tidak dikurung di dalam sangkar dan pengunjung boleh berinteraksi secara terus dengan mereka.
Pengunjung dapat bermain dengan haiwan yang ada di sini |
Kawasan dalam tempat ini dibahagikan kepada 11 habitat yang berbeza seperti:
- Mood’s Lake
- Bird Aviary
- Rabbit Farm
- Jungle Walk
- Savannah
- Kampong Mahmood
- Turtle & Tortoise Farm
- Reptile Cavern
- Pets Village
- Vegetable & Fruit Farm
- Longkang Fishing
Memang amat berbaloi kerana anda dapat membawa anak-anak melihat dan mempelajari tentang haiwan serta habitat mereka dengan lebih dekat. Terdapat juga pony rides untuk anak-anak yang suka menunggang kuda!
Waktu Operasi:
Isnin, Rabu – Jumaat 10pg – 6petang
Sabtu – Ahad 9:30pg – 6petang
Alamat:
40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
6. Kuala Selangor Fireflies
Inilah kelip-kelip |
Anda suka melihat lampu yang cantik? Kalau anda datang ke sini, di Sungai Selangor anda boleh menaiki bot untuk melihat banyak kelip-kelip yang terbang bebas yang mengeluarkan cahaya semulajadi, mengalahkan keindahan chandelier di dalam kapal Titanic. Tiada apa yang dapat menandingi keindahan alam semulajadi. Untuk pengetahuan anda juga, Kuala Selangor merupakan salah satu kawasan yang memiliki koloni kelip-kelip terbesar di dunia.
Pasti anda terpesona melihat kecantikan kelip-kelip dalam suasana gelap di sekitar, ibarat hidup dalam dunia magikal. Sebelum anda ke sini, dinasihatkan supaya jangan membuat bunyi bising dan tidak menggunakan kamera berflash kalau nak melihat kelip-kelip ini dengan sepuas hati, sekiranya kelip-kelip lari daripada anda, apa yang nak dilihat?
Waktu Operasi:
Setiap Hari Kecuali Pada Hari Hujan (8.00pm – 10.30pm)
Alamat:
Firefly Park Resort Sdn Bhd,
Jalan Haji Omar, Kampung Bukit Belimbing,
Kuala Selangor, 45000 Selangor Darul Ehsan.
10 %
7. Kidzania
Aktiviti di Kidzania |
Alam dewasa bukanlah satu dunia yang mudah, banyak perkara yang perlu diambil kira, tak naklah anak-anak anda terkejut sangat bila dah sampai waktunya nanti kan, jadi apa kata kalau anda bawa mereka ke Kidzania, sebuah dunia di mana anak-anak anda boleh memilih pekerjaan yang mereka ingin cuba seperti menjadi DJ radio, doktor, jururawat, pakar kecantikan, jurugambar dan banyak lagilah yang bukan sahaja dapat menaikkan keyakinan diri dalam bersosial bersama kanak-kanak lain, malahan dapat mencungkil kreativiti dan kemampuan mereka untuk berfikir dengan kritikal.
Dalam dunia Kidzania, apa sahaja pekerjaan yang mereka lakukan akan diberikan gaji dalam matawang Kidzo yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli-belah atau berseronok dengan aktiviti lain yang terdapat di sini. Anak-anak boleh belajar berjimat dan memahami kepentingan bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Satu aktiviti menarik yang sangat bermanfaat bukan?
Waktu Operasi:
Ahad – Jumaat (10.00am – 5.00pm)
Sabtu, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am – 7.00pm)
Isnin (Tutup Kecuali Pada Musim Cuti Sekolah)
Alamat:
KidZania Kuala Lumpur, Curve NX,
18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
- 8. Sunway Lagoon
Sunway Lagoon |
Siapa tak pernah mendengar tentang taman tema air yang terkenal ini, Sunway Lagoon. Wajib dilawati sesiapa sahaja yang datang ke KL atau Selangor. Tarikan yang terdapat di sini bukan hanya water park malahan anda tidak patut melepaskan peluang berseronok dengan aktiviti lain yang bertaraf dunia seperti Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park, Scream Park dan Nickelodeon Lost Lagoon.
Taman tema air yang menyeronokkan |
Nak seronok lagi, anda kena peka dengan promosi-promosi tiket untuk pakej aktiviti menarik di Sunway Lagoon, lagi best kalau anda membeli tiket yang mendapatkan anda akses ekspres untuk bermain aktiviti-aktiviti di sini tanpa perlu beratur, barulah sempat nak mencuba semua permainan menarik di sini!
Waktu Operasi:
Setiap Hari (10.00am – 6.00pm)
Alamat:
Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
9. Zoo Negara
Panda di Zoo Negara |
Zoo Negara yang terletak di Jalan Ulu Kelang ini memiliki lebih daripada 400 spesis haiwan yang berbeza dan secara kesuluruhannya terdapat 5000 haiwan yang ditempatkan di zoo ini. Zoo Negara dibahagikan kepada 16 bahagian yang berbeza iaitu taman reptilia, burung-burung tasik, tapir Malaya, gajah Malaysia, kompleks beruang dan lain-lain lagi.
Harimau Belang |
Untuk memberikan anak-anak anda pengalaman yang menyeronokkan sewaktu ke Zoo Negara, anda boleh membawa mereka ke Children’s World yang menempatkan banyak haiwan comel seperti ayam, arnab dan itik yang dibiarkan bergerak bebas di kawasan taman. Anak-anak juga dapat melihat hutan hujan mini yang direka lengkap dengan kandang kuda kecil, taman permainan dan kolam ikan. Mereka pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah di Dunia Kanak-kanak ini. Tambahan pula anda juga dapat menyertai program sukarelawan yang dijalankan oleh pihak Zoo.
Waktu Operasi:
Isnin – Selasa (9.00am – 4.30pm)
Sabtu, Ahad (9.00am – 5.30pm)
Alamat:
Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights,
68000 Ampang, Selangor
Beli tiket: ZOO NEGARA KUALA LUMPUR |
10. Skytrex Shah Alam
Aktiviti lasak yang harus dicuba di Skytrex |
Skytrex Shah Alam yang bertempat di Taman Pertanian Malaysia ini menawarkan pelbagai aktiviti lasak yang menarik untuk dicuba seperti spider web, cable walk, flying fox dan banyak lagi yang menguji stamina anda. Untuk anda yang ingin datang bersama keluarga, jangan risau, ada sahaja aktiviti yang sesuai untuk anda, tapi sekurang-kurangnya perlu mencapai ketinggian 1.1 m.
Pelbagai cabaran yang menarik |
Tahap ekstrem aktiviti di sini bergantung kepada jenis tiket yang dibeli. Sekiranya anda membeli tiket Little Adventure, ia memberikan pakej aktiviti yang sesuai untuk anda yang baru berjinak dalam aktiviti lasak dan untuk yang masih dalam usia muda; Big Thrill sesuai untuk anda yang intermediate; Extreme Challenge pula untuk yang memiliki stamina yang tinggi dan sudah advanced dalam aktiviti sebegini. Jangan overestimate diri anda ya!
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin (8.30am – 5.00pm)
Alamat:
Jalan Liku 8/1, Seksyen 8,
40000 Shah Alam, Selangor
Banyak lagi aktiviti dan tempat menarik yang harus anda kunjungi semasa cuti sekolah ini. Also you can refer to this top attractions in Malaysia.
Malaysia amat kaya dengan pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Ianya suatu kerugian jika anda sebagai rakyat Malaysia sendiri tidak menikmatinya.
Get more attraction tickets from :
Tripcarte.Asia : www.tripcarte.asia
Largest Attraction Platform
Farm in the City tu Sha dah beli tiketnya.. tinggal nak bawa anak-anak pergi je.. Aquaria tu pun macam best..
ReplyDeleteWah bagus tu. Aquaria tu memang best, dah 3 kali zumal masuk. Berbaloi juga dengan bayarannya.
Deletebanyak tempat menarik kat malaysia ni kan... banyak tempat lagi tak gi ni. hihi
ReplyDeleteBetul tu, rugi kalau tak pergi
DeleteByk juga tmpt2 menarik utk bdk2 time cuti sekolah ni...tq sharing info
ReplyDeleteSemoga membantu merancang percutian yer
Deletebanyaknyaaaaa option! thank you for sharing! nak kena short list ni~
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Semoga membantu merancang percutian yer
Deletemak ayah sedia $$$ je😆
ReplyDeleteCamtu la bila ada anak2
Deleteboleh tengok gambar dekat blog ni jerlah nampaknya,tengah sesak ni..
ReplyDeleteSama la kita Mizi
DeleteSangat2 menarik inilah masanya kan nak pergi sana
ReplyDeletebetul tu cikgu, inilah masanya
DeleteCCL tag zumal
ReplyDeletehttps://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2018/11/mystery-boxes-giveaway-by-liyana-jasmi.html
terima kasih CCL
Deletehaiii jemput laa datang ke dinosaur kingdom Puteri Harbour, JB :p
ReplyDeleteTeringin juga tu. Sebab nak selfie dengan dinosaur
DeleteMmg menarik tmpt2 ni.. sesuai sgt utk bersantai sekeluarga terutamanya musim cuti sekolah ni.
ReplyDeleteBetul tu sahabat. Inilah masanya nak mengeratkan hubungan keluarga
Deletesetahun sekali bwk anak2 jalan-jalan kan baru la x bosan syik pegi sekolah je..kat tempat bercuti ni pun leh belajar..dpt kenal2 dgn binatang..sediakan duit jek
ReplyDeleteAsyik tengok muka cikgu jer kan tambah kalau botak, silau mata. Hehe
Delete