BERGAMBAR DENGAN C70
Assalamulaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Hari ni start minggu baru jadi tak nak mulakan dengan gosip murahan. Zumal cuma nak kongsi pengalaman bersama rakan baru di Bagan Serai bulan lepas.
Macam yang korang tahu, hujung tahun iaitu bulan 12 yang lalu Zumal sertai team Travelogue Malaysia ke Negeri Perak Darul Ridzuan. Lokasi terakhir misi travelogue kami adalah Bukit Merah Laketown Resort (BMLR). Lepas habis sesi travelogue selama 3 hari BMLR, Zumal terus balik kampung di Bagan Serai.
Bagan Serai ni kampung arwah tok (nenek Zumal). Kampung kami ni betul-betul dalam pekan Bagan Serai. Nak ke pusat bandar Bagan Serai jalan kaki jer. Dulu masa arwah tok wan dan tok masih ada, memang setahun beberapa kali kami balik kampung. Masa tu Zumal tak aktif lagi berblog walaupun ada blog. Jadi tak ada la kisah balik kampung dalam blog ini.
Sekarang di kampung hanya tinggal adik kepada tok Zumal, Zumal gelar tok andak. Tok andak hanya tinggal bersama cucu saudaranya Eddy. Eddy ni jarang-jarang ada sebab belajar jauh dari situ. Tahun ni dia ada la sebab dah habis belajar dan praktikal di Perak. Ayah Eddy tinggal di Kota Kinabalu, kalau bulan 12 ayah Eddy ada la di kampung sekeluarga. Cuti sebulan dekat semenanjung. Masa zumal balik tu ada la dorang. Rasa meriah macam raya.
Apa kaitanya C70 tu? Dekat rumah tu ayah Eddy ada beli motor honda cup C70. Dah lama dah beli tapi terbiar je dekat rumah sebab tok andak tak tahu guna motor. Eddy jer guna motor tu. Disebabkan ada kereta, motor pun terbiar.
Boring juga terperap di rumah. Motor C70 tu pun rosak. Ayah Eddy suruh Zumal baiki motor tu. Bengkel pun kebetulan depan rumah je. Bila bawa ke bengkel rupanya tangki minyak motor tu bocor. Lepas baiki Zumal terus jalan-jalan dalam kampung.
Zumal ni sebenarnya gian juga nak bawak motor sebab dah lama tak bawak motor. Almaklum la sebelum ni kaki nak langkah naik motor pun tak boleh. Zumal pun bawak la C70 ni jalan-jalan sampai tengah kampung. Ada kawasan sawah padi dekat situ. Cuaca pun tak panas. Jadi mulalah sesi bergambar dengan kawan baru tu.
Korang tahu tak lepas bergambar tu dia terus tak hidup. Pecah peluh juga tolak dia balik rumah. Tapi puas hati juga la boleh jalan-jalan merata dalam kampung walaupun sekejap. Itu saja la kisah zumal dapat kawan baru. Hehe...
Sempat jugak bawak jalan² c70 tu walaupun sekejap. Lama tak jenguk sini. 😌
ReplyDeletehehe mula2 dia bawak lepas tu kita bawak dia
Deletehaha kesian c70 meragam pula ye
ReplyDeleteitu la, kalau tak lagi jauh zumal bawak
Deleteterbaek.. lagend ni :)
ReplyDeletebetul tu
DeleteLawa juga kan moto tu? Huhuhu
ReplyDeleterupa dia memang lawa dah tapi enjin tu kena check balik apa problemnya
Deletedia pn nk jln2 jg ya
ReplyDeletehaha, kejam la dia tu
DeleteAlaa meragam semula C70 tu noo huhuu....cantik gambaq motor hijau dan sawah padi tu 😎👍
ReplyDeletegambaq edit sepenuhnya. haha
DeleteIngat tadi C70 tu kapalterbang ke apa....
ReplyDeleteemmm kapal terbang yer
DeleteAlaaa tak sporting pula C70, dah dia bawa zumal pastu zumal lak bawa dia 😁
ReplyDeletekejam motor tu kan
Deletedekat je le dengan semanggol
ReplyDeletedekat jer, semanggol pun kita pergi gak
Deletehahahha aduiii kelakar pulak lepas bergambar dia tak hidup XD XD XD
ReplyDeletepadan muka zumal, motor tu cakap
DeleteBagan Serai, pemandangan sawah bendang di situ sangat cantik. Luas. Tapi mengapa C70 merajuk.
ReplyDeletemotor lama terbiar sebab tu merajuk kot
Deletealahai last2 sekali c70 merajuk , sian haa zumal ,tapi gambar tue cantik sangat ,,tenang je tengok
ReplyDeletehaha padan muka zumal kan, nak bergambar sangat
DeleteTeringat kat C70 Fiza guna masa belajar dulu..
ReplyDeleteAda lagi tak? antik tau
DeleteCantik permandangan tu.. C70 tu pun kira motor legend. Klu jaga dan solek baik2 mmg jadi rebutan collectors.
ReplyDeletebetul tu harganya mahal dari motor baru dah
DeleteAlamak teringat padi sawah maka ayah dahulu..saujana padi ..
ReplyDeletemesti cantik kampung cikgu tu
DeleteLawa dan klasik motor C70 tu.
ReplyDeletebetul tu koleksi klasik
DeleteC70 tu moto rare... jangan di biarkan letak merata-rata... lebor nanti yop...
ReplyDeleteDalam stor je tempat tido deme
DeleteOo motor ke hehe ingatkan apa la tadi. Tapi rare betul tu..
ReplyDeleteHehe motor aje ciktie
Delete