Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Minggu lepas Zumal telah berkesempatan bersama Team Travelogue Malaysia ke Bandaraya Ipoh. Kami diundang ke Majlis Pelancaran Crazy Rich Chinese New Year di Sunway Lost World Of Tambun. Sebelum nak cerita tentang event tu jom Zumal kongsi apa yang ada di Lost World Of Tambun ni.
|
Lost World Of Tambun |
Perjalanan ke Lost World Of Tambun mengambil masa kira-kira 30 minit dari Stesen KTM Ipoh atau dari Amanjaya Sentral atau pun dari airport. Tanggapan Zumal Lost World Of Tambun sekadar sebuah taman tema air sangat meleset apabila Zumal masuk ke entrance Lost World Of Tambun ini. Rupanya macam-macam ada tapi taman tema air tu memang santapan utama di sini. Masuk jer nampak pasir memutih macam pantai. Memang tempat main air puas-puas la di situ.
|
Inilah Ipoh Street, syurga makanan
di Lost World Of Tambun |
|
Statue Lost World Of Tambun
Ramai bergambar sini tapi Zumal lupa laa |
Di kiri entrance tu ada Ipoh Street. Dekat sini tersergam indah bangunan lama ala-ala bandar Ipoh tu. Terdapat pelbagai gerai makanan di sini tau. Semua yang special dari Ipoh. Korang mesti cuba tau fu fah yang paling glamour tu di sini dan white coffee yang sering menjadi sebutan di Ipoh tu. Segalanya ada di Lost World Ipoh Street.
|
Ini gajah batu yer
Korang boleh naik untuk bergambar |
|
Burung Unta |
|
Giraffe & Friends |
|
Belakang Zumal ni zirafah ori tau |
Di Lost World Of Tambun juga ada menempatkan haiwan-haiwan macam dalam zoo tu seperti harimau, gajah, unta, zirafah, tapir, buaya, binturong, rakun, kucing, badak dan macam-macam lagi. Tapi yang paling special buat pencinta kucing tu boleh masuk bermesra dengan kucing di Catopia. Selalu korang tengok badak berendam dari permukaan je kan? Di Hippo Kingdom, korang boleh tengok badak berendam underwater view tau.
Apabila datang di Lost World Of Tambun jangan lupa ke Tin Valley, korang bakal menyelami sejarah lahirnya bandar Ipoh ini asal-usulnya daripada pusat perlombongan bijih timah. Korang boleh lihat bagaimana cara orang dulu-dulu 'mendulang' bijih timah dan jangan lupa ke Dulang Tea House juga. Di sini korang boleh menjamu selera menu-menu tradisi dari Ipoh selain itu boleh melihat peralatan-peralatan orang dulu-dulu gunakan dalam perlombongan bijih timah. Dulang Tea House ini amat unik kerana ianya bertempat di gua ala-ala tempat perlombongan bijih timah. Korang juga akan disajikan video tentang sejarah perlombongan bijih timah di sini.
|
Suasana di Dulang Tea House |
|
Dulang Tea House di dalam gua
Zumal betul2 teruja tau |
|
Ini la minum petang kami, menu pun legend tau |
Terserempak dengan hantu memang sesuatu yang pasti pengalaman seram yang tak dapat dilupakan. Bagi yang belum pernah lalui pengalaman seram luar biasa tu boleh ke Haunted Chamber. Dekat sini Zumal nak khabarkan ianya bukan rumah hantu biasa yang korang selalu masuk di fun fair yer. Kena alami sendiri baru tahu fun ke tidak.
|
Haunted Chamber |
Seterusnya korang boleh la bersuka ria bermain pelbagai game yang disediakan untuk pengalaman riang-ria bersama keluarga tercinta.
|
Train untuk bersiar-siar di Lost World Of Tambun |
|
Pelbagai permainan sesuai untuk semua |
|
Rakan-rakan media pun tak lepas peluang bermain |
|
Best kan |
|
Tak lupa juga untuk yang nak main air |
Korang jangan ingat siang je best dekat Lost World Of Tambun ni yer. Malamnya lebih riang gembira bergermelapan gitu. Dari jam 6.00 petang aktiviti untuk sesi malam bermula.
Sebelah siang tengok satu tempat ni rasa teringin sangat nak masuk tapi 9.00 malam baru di buka. Ianya adalah Luminous Forest.
|
Mother Sophea |
|
Tangga bercahaya berwarna-warni |
|
Tumbuhan indah berwarna-warni |
|
King of Malayana |
|
Cantik memukau jiwa |
Luminous Forest ni sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Ianya kononnya sebuah hutan berlatar-belakang 400 juta tahun lalu yang kaya dengan pelbagai khazanah rimba dan penuh magis yang diberi nama Malayana. Zumal kongsi sikit jer nanti tak surprise tau.
Lepas masuk hutan tu Zumal dan rakan-rakan Travelogue Malaysia yang lain pergi pula ke Hotsprings. Tak sangka dekat sini juga ada tempat mandi air panas. Lost World Hotsprings ni terdapat banyak kolam dengan pelbagai suhu berbeza. Ianya dibuka sehingga 11.00 malam. Best tau berendam sampai tak ingat dunia.
|
Sekali-sekala bergaya macam model. Cewah! |
|
Berendam macam hippo |
Aktiviti malam yang lain yang dapat korang lakukan di sini adalah melihat haiwan-haiwan diberikan makan di Petting Zoo, Flamming Percussion dan lain-lain.
Bagi mereka yang ingin memanjakan diri dengan berspa tu korang boleh ke Lost World Crystal Spa. Ianya beroperasi pada pukul 12.00 tengah hari sampai 11.00 malam kecuali hari Selasa ianya dibuka pada pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam.
Mesti korang tertanya-tanya tentang penginapan kalau nak stay di Lost World Of Tambun ni kan? Di Lost World Of Tambun korang boleh memilih untuk menginap di hotel atau di Glamping. Zumal menginap di Glamping. Apa dia glamping???
|
Selfie depan glamping |
|
Sekitar kawasan glamping |
|
Walaupun ianya khemah tapi cukup luas |
|
Dilengkapi 2 katil single dan 1 katil queen |
|
Pemandangan Tasik Boga |
Glamping adalah penginapan di dalam khemah. Ala-ala macam korang pergi camping la. Cuma glamping ni ianya lebih glam kerana khemah tu dilengkapi katil, aircond, kipas dan lain-lain macam dalam bilik hotel.
Glamping di Lost World Of Tambun ni menghadap tasik yang diberi nama Tasik Boga. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sekitar glamping ni seperti berkayak, berakit, flying fox, wall climbing dan pelbagai lagi aktiviti adventure.
|
Zumal, Eddy dan Izryl main monopoly
sampai pukul 5.00 pagi di cafe |
Kalau korang tak dapat tidur malam jangan risau di glamping ni ada cafe yang dibuka 24 jam khas untuk tetamu di glamping. Korang boleh nikmati Lost World White Coffee free je kat cafe ni tapi kena layan diri la. Nak beli makanan dan minuman ringan ada dijual di sini. Selain itu korang boleh lepak sambil main dam ular, monopoly, uno, saidina dan macam-macam lagi la. Untuk ketahui maklumat tentang pakej penginapan boleh rujuk
SINI.
Sekian dahulu perkongsian Zumal buat kali ini.
Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara
Borakkita Media /
Travelogue Malaysia dan
The Influenzas Team disokong oleh
Sunway Group dan penaja utama kami
Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.
Tudiak happening noo LWOT nie, nak pi jenguk jugak laa sini satu hari nanti 😎👍
ReplyDeletejom jom Cik Suerin
DeleteMenarik! Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteTerima kasih juga kerana sudi membaca
DeleteHa aa, cukup best tempat ni.
ReplyDeleteKan WP
DeleteAlahaii dah lama CCL tak turun kat lost world tambun nih ..
ReplyDeleteSempena CNY ni ada promosi boleh turun ke Ipoh
Deletebestnya zumal..g xajak..hihi
ReplyDeleteSorry ciknor lupe nak ajak. Jom lain kali. hihi
DeleteWow! seronok tempat ni amat menarik
ReplyDeleteYa cikgu tempatnya memang menarik
DeleteKita tak pernah pergi sini..one day nak juga pergi dan review sendiri...
ReplyDeleteSemoga tercapai impian ke sini. Insha Allah.
Deletewah bestnya. Tak pernah datang sini lagi hopefully dapat jejak kaki
ReplyDeleteSemoga ada rezeki Diah untuk jejak kaki ke Lost World ini
DeleteMemang best lepak kat Lost World Tambun... Rasa macam nak pegi sekali lagi jer...
ReplyDeleteBetul tu Izni rasa nak pergi lagi
DeleteMemang best lepak kat Lost World Tambun... Rasa macam nak pegi sekali lagi jer...
ReplyDeleteBest kan
Deletememang dah lama teringin nak pergi... tgk dia punya suasana je dah rs mcm x sabar nk pegi tp x de sapa nak join hahahaha
ReplyDeleteAlahai kesiannya Anies ni. Jom-jom kita pergi reramai.
Deletealamak... tggu jap nk korek tabung
DeleteMrs. A dah pernah bercuti kat sini tapi tak sempat explore semua expecially yang hotspring tu. Tapi rumah hantu dia memang seram. Nyesal pulak tak buat entry blog sebab dah lama jadi malas.
ReplyDeleteInsha Allah nanti ada rezeki Mrs.A datang lagi...
Deletedah lama dulu mama ke sini nampak byk ada tarikan baru tu
ReplyDeleteBetul tu nanti ada lagi permainan baru bakal dilancarkan
Deletebest jadi zumal ni,berjalan sahaja kerjanya =)
ReplyDeleteSebenarnya ini juga kerja zumal. hehe
Deletewah seronoknya zumal dah sampai tambun... cik ash belum sampai sana lagi
ReplyDeleteSemoga ada kesempatan Cik Ash ke Lost World yer
Deletebestnya Zumal jalan-jalan sambil ber rekreasi yerr.. lost dekat dah tu dengan kiteee
ReplyDeleteOh dekat yer. Boleh la pergi selalu yer...
DeleteBaru tahu apa itu glamping.
ReplyDeleteSelama ni gi sana mesti mandi je..tak pernah gi tengok haiwan2 semua tu..lain kali kalo ade rezeki ke sana lagi, insya'Allah nak melawat haiwan2 pulak..haha
ReplyDeleteterbaek bro..
ReplyDeleteSeronok dpt tidur dlm khemah mcm tu.. dpt rasa nikmat alam semula jadi juga. Menarik!
ReplyDeletemmg ada plan nk pegi juga sini ..ank akak pn dh byk kali juga ajak ..nanti ada kesempatan bole bw ankdara tu ke sini
ReplyDeletebila entah dapat nk ke sana.. hehehe
ReplyDeleteTengah cari review Haunted Chamber tuuuuu
ReplyDeletewah banyak juga aktiviti kat sana, boleh la plan. macam best je duk dalam glamping tu.aritu pergi cuaca ok ke?
ReplyDeleteMenarik sangat yang Glamping tu.. Haaa kerlas siap ada katil. Belum pernah sampai di Tambun. Teringin nak pi
ReplyDeleteMenarik !! Teringin nak pergi juga la.. tapi kena cari geng dulu baru best
ReplyDeletedekat je dengan rumah, tapi kaki ni belum jejak lagi kt situ. :D
ReplyDeletebestnya bercuti di Tambun..walaupun pernah sampai sekali tapi terasa nak repeat je lagi
ReplyDeleteBeen there once and my child just love the place so much! Hope to have another chance to visit there again :)
ReplyDeletedah lama tak pg tempat ni
ReplyDeleterindu juga