JOM BERCUTI DI CHERATING PAHANG
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Cuti raya dah pun habis tapi masih terasa nak bercuti lagi kan? Macam tu juga Zumal. Nak rancang cuti yang terbaik untuk hujung tahun ni. Maklumlah hujung tahun banyak cuti lepas tu budak-budak sekolah pun cuti. Suasana cuti hujung tahun confirm lebih meriah.
Cherating Pahang |
Kalau anda ada peluang bercuti, nak bercuti di mana yer? Apa kata Zumal suggest anda bercuti di Cherating. Cherating adalah sebuah lokasi percutian yang sangat terkenal di Pahang. Selain pantainya yang luas memutih, di Cherating juga terdapat Santuari Penyu. Jika nasib anda baik, anda akan dapat lihat penyu naik ke pantai untuk bertelur. Apa lagi ada di Cherating? Jangan risau, di Cherating pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya anda boleh melihat kelip-kelip, mencanting batik, bermain layang-layang, bermain papan luncur air, bermain jetski, mandi laut dan pelbagai lagi. Cherating ini juga berdekatan dengan Terengganu, anda juga boleh ke sana untuk bersiar-siar dan membeli-belah.
Apabila merancang untuk bercuti pasti perkara yang paling penting untuk kita ketahui adalah tentang penginapan. Jika anda memilih Cherating sebagai lokasi percutian, penginapan bukanlah satu masalah. Terdapat banyak penginapan yang ditawarkan di sana dari penginapan bajet hinggalah ke penginapan mewah.
Zumal senaraikan 17 hotel terbaik di Cherating untuk anda pilih semasa bercuti nanti:
- Holiday Villa Beach Resort Cherating
- Eastana Cherating Beach Resort
- Royale Chulan Cherating
- LaVilla by Holiday Villa Cherating
- Villa Teja
- The Kasturi
- Sanctuary Resort - Apartment Hotel
- Club Med Cherating
- Samsuria Beach Resort & Residence
- Hotel Kemaman Sands
- Legend Cherating Beach Resort
- Cherating Bayview Resort
- Impiana Resort Cherating
- Lis Na Ree Resort
- Residence Inn Cherating
- eRYA by Suria Cherating Resort
- Casa Titik
Hotel dan penginapan yang Zumal senaraikan adalah pilihan terbaik untuk anda dan sememangnya menjadi pilihan para pelancong tempatan dan luar negara. Untuk maklumat lanjut tentang hotel dan penginapan di Cherating ini anda boleh rujuk Bagasi.my
Semoga perkongsian Zumal ini dapat memberi ilham kepada anda yang ingin bercuti di Cherating nanti. Tempahlah percutian anda di Bagasi.my yang sememangnya menjimatkan serta lebih pilihan buat anda sekeluarga.
pernah stay kt holiday villa cherating ngan suria cherating tu
ReplyDeleteSelamat hari raya Zumal.
ReplyDeleteWah cuti-cuti jugak ke tu?
Lama gila dah pergi cuti-cuti Cherating ni last pergi time single dahulu kala
menarik cherating ini..
ReplyDeleteCherating memang lawa view dia
ReplyDeleteDah lama tak pergi ke Pantai Timur.
ReplyDeletetapi Legend Cherating Beach Resort dah tutup. rugi la siapa tak pernah merasa kalau ke cherating. antara resort terbaik di sana
ReplyDeletezaman belajar dulu penah buat program keluarga angkat kt cherating... mmg best sgt! sbb kawasan situ satu2 tmpt yg pasir pantainya warna hitam
ReplyDeleteCherating tempat yang menarik.
ReplyDeletedh lama tak ke Cherating.
ReplyDeletesinggah sini tgk dunia zumal .
selamat hari raya :)
wahh cantik tempat ni.. bole masuk list kalau kesana nanti
ReplyDeletewow macam best je
ReplyDeletedah lama tak cuti tepi pantai
cherating ni 10 tahun yg lalu je sampai sini lawati
Beautiful place for a getaway!
ReplyDeletewow, indah betul pantainya ya, nak la ke sana kalau lagi berlibur ke malaysia
ReplyDeleteJemput datang ya
Delete