Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Sejak berhijrah sementara di Selangor ni belum ada Zumal review kedai makan dan restoran kan. Baru-baru ni Zumal terima peluang untuk bersama rakan-rakan blogger lain ke food review di sebuah restoran yang terletak betul-betul hadapan kompleks pemborong terbesar di Malaysia iaitu GM Klang Wholesale City.
|
Restoran Sisik Ikan Bakar
|
Selain menu makanan laut, yang juga special dekat Restoran Sisik ini adalah nasi lemaknya. Kenapa special? Nasi lemak ini dibungkus dengan daun pisang dan dikukus di dalam buluh dan dinamakan Nasi Lemak Buluh Perindu. Baunya sangat menyelerakan membuat kita berasa tak sabar nak makan.
|
Nasi Lemak Buluh Perindu |
|
Kaunter Nasi Lemak Buluh Perindu |
Selain itu juga anda boleh makan hidangan steamboat kat sini dengan pelbagai pilihan campurannya.
|
Steamboat Sisik |
Lupa pula nak beritahu anda, anda boleh pilih sendiri seafood di sini dan sebutkan masakan apa yang anda inginkan mereka masakan untuk anda. Ikan, sotong, udang, kepah, lala dan lain-lain adalah pilihan segar di sini. Bila hidangan berasaskan barangan segar rasanya juga pasti lebih enak.
|
Pilihan ikan-ikan segar |
|
Sayur dan ulaman juga ada |
|
Minuman Special |
|
Zumal bergambar bersama owner Restoran Sisik |
Restoran Sisik Ikan Bakar ini beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga ke 12.30 tengah malam. Bagi mereka yang ingin mencuba menu Masakan Melayu Asli anda boleh datang antara jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang manakala untuk anda yang ingin mencuba Makanan laut dan daging bakar, masa menu ini disediakan adalah pada jam 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam. Semoga perkongsian Zumal membantu anda memilih menu kegemaran anda.
Alamat kedai:
No.32 Jalan Kasuarina 1/KS7
Bandar Botanic
41200 Klang, Selangor
Social Media:
Facebook:
www.facebook.com/restoransisik
Instagram:
www.instagram.com/restoransisik
WhatsApp:
wa.me/+60192263004 wa.me/+60162240474
ada nasi lemak buluk perindu gtu namanya...air pn mcm menarik tu
ReplyDeleteAir nampak menarik tapi lupa nak order untuk rasa
DeleteTudiaaaaa...Zumal buat review kat Klang..SA nak pi sini jauh..nanti la kalau tersesat kat sini bleh la pi..
ReplyDeleteSejak terpindah kat Klang ni baru first time buat review area sini
Deletewaaahhhhh jauhnya buat review
ReplyDeleteHehe, sekarang Zumal tinggal sekejap di Klang
DeleteMemang nampak sangat menyelerakan.
ReplyDeleteBetul tu akak. Memang menyelerakan
DeleteUniknya menu dia tapii menariklah nsi lemak dia tu
ReplyDeleteYa nasi lemaknya lain dari yang lain
Deletefuh terliur tengok =)
ReplyDeleteKan, Zumal pun jadi lapar semula ni
Deletebanyak nya menu sedap2.. lapar pulak tengok, terima kasih diatas perkongsian..
ReplyDeleteYa, semoga dapat menjadi destinasi pilihan
DeleteNpak sedap..especially sotong bakar tu
ReplyDeleteYa, sotong tu best
Deleteohh boleh pilih rupanya. Baru tahu! Apepun hidangan seafood dia semua fresh belaka
ReplyDeleteHehe, semua fresh kan
Deletesaya cukup tertarik dengan nama nasi lemak buluh perindu..
ReplyDeletememang sedap la kan
Sedap-sedap
DeleteYesss love their super spicy hot seafood, fresh and delicious! ^^
ReplyDeleteYa, all the menu are delicious
DeleteSuka tgk sotong bakar madu tu..terliur..tq zumal for info.
ReplyDeleteSemoga jadi restoran pilihan cikgu untuk menjamu selera
Deleteulam banyak nya...jenguk ikan pun gemok2.
ReplyDeleteCM baru create new GA..hope kalau abg zumal tak bz boleh la join..first time try ni..
https://madamcaramel.blogspot.com/2019/08/segmen-giveaway-up-traffic-by-madam.html
Tq CM atas jemputan GA
DeleteRambang perut nak pilih kot :)
ReplyDeleteKikiki rambang perut ya
Deletesedap nama restoran tu,sisik ikan bakar
ReplyDeleteYa, namanya Sisik Ikan Bakar
DeleteBanyak jenis makanan tetu susah nak buat pilihan.
ReplyDeleteYa, x tau nak pilih yang mana
DeleteMenarik semua menu2 tu. Terliur tengok.
ReplyDeleteNanti datang la cuba yer
DeleteSHodap lahai...tapi harga dia macam mana pulak? Saja tanya....jauh tu Klang..hehe
ReplyDeleteHarga kira sederhana la
Deletesedapp ! tapi jauh pulak ke sana
ReplyDeleteKot pergi GM Klang boleh singgah
Delete