JENAMA CHINA, BAGUS KE?
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hai tengah buat ape tu? Tarik selimut lagi ke? Zumal pun maybe masih sambung mimpi lepas Subuh. Dah dua minggu tidur lepas Subuh. Malam jadi burung hantu, tapi burung hantu tak produktif sebab duk bersandar, berehat, kadang-kadang kalau tak sakit kepala baru boleh terjah blog kawan-kawan atau buka IG kumpul followers. Alhamdulillah la dalam dua minggu ni dapat juga solat sunat malam. Dunia pun dah lain, baik buat persediaan.
Panjang pulak mukadimahnya. Zumal nak kongsi tentang produk dari China. Bagus ke? Tak meletup ke? Ala telefon yang brand bagus-bagus pun banyak made in China. Kereta made in China pun bukan cikai-cikai beb. Tapi dalam pemilihan produk elektrik ada juga was-was nak beli. Zumal ni kalau buka Shopee asalkan akaun seller tu preferred oleh Shopee memang Zumal yakin seller tu tak tipu dan barang dia bagus. Tambah lagi ada rating dalam 4 hingga 5 bintang. Jadi tak la rasa risau nak beli.
Barang murah pun berkualiti. Zumal seperti biasa akan beli yang murah-murah je sebab tak mampu pun beli mahal. Selalu Zumal duk tolong beli barang untuk kawan-kawan jadi banyak dorang beli banyak la coin Shopee Zumal dapat. Kekadang tak guna sesen pun just redeem coin je dapat barang. Tu antara sebab I suka shopping dekat Shopee.
Bab barang, Zumal ada beli multi cooker dari Shopee. Produk keluaran China. Ada kawan-kawan tak yakin produk macam tu. Dengan harga tak sampai RM40, lepas tu redeem coin dan dapat free delivery lagi Zumal cuma bayar RM20 je. Nak risau apa kan. Dekat kedai elektrik kau jangan harap la boleh beli periuk dalam harga tu. RM50 pun belum tentu ada.
GengXing High Quality Multipurpose Heating Pot namanya tapi dalam Shopee tu dia letak multi cooker jer. Bila multi ni maknanya boleh pelbagai guna, masak segalanya pun boleh. Dorang tak mention boleh masak nasi tapi Zumal memang beli untuk masak nasi. Lagi satu boleh kukus, rebus, masak air, goreng dan macam-macam lagi la.
Dah seminggu guna masak nasi, Alhamdulillah masak cepat tak sampai 10 minit. Macam guna pressure cooker jer. Pressure cooker yang glamor pun masak nasi 6 minit kan. Zumal dalam 10 minit boleh dapat nasi dan telur rebus (sebenarnya stim je) masak serentak. Orang bujang apa ada hal. Tapi selalu goreng telur. Suka telur goreng dari yang rebus tu.
Tengok la menu kegemaran Zumal, yang memang boleh guna periuk China tu jer. Menu paling jimat. Cili kering beli dalam RM2 boleh makan 2 bulan pun tak habis. Telur je RM4 untuk 10 biji(harga Perlis), sehari sebiji. Beras pun Zumal beli timbang je. Sekilo beras tahan la seminggu lebih (RM2.60). Minyak kereta pun tak luak la RM10 seminggu. Tapi income Zumal tak cukup pun tanggung kos ni walaupun nampak sikit je. Ye la bila pergi kedai, teringin itu ini juga. Air manis dalam seminggu sekali kan. Boleh la jimat. Masa tak ada Zumal puasa je.
Nak jimat ni macam-macam cara ada. Ni ada lagi perkongsian Zumal tentang travel jimat. BACA SINI.
Periuk nasi kecik mcm tu sy beli masa stay kat hostel paling murah pun RM70 .. huhu
ReplyDeleteHarga standard dalam pasaran memang sekitar tu
Deletebanyak je jenama china yang lagi bagus daripada jenama eropah.. tapi ikot nasib la kadang2 dapat jugak cap pakai buang.. huhuu
ReplyDeleteHmmm betul tu ikut nasib ler.
DeleteAkak pon ada periuk ni letak dekat office..kadang2 masak ubi, rebus telur..paling best masak meggi ahaha
ReplyDeleteHehe ramai pengguna periuk comel ni rupanya
Deleteproduct China ni murah!! sis JM pun suka order tp kalau barang letrik tu kurang la beli..biasa beli baju or tshirtla hahahah
ReplyDeleteZumal ada gak beli t-shirt, nampak sama macam design di padini yang Zumal ada. Beli la 2 sekali sampai kecik lak. Adoi seksi I pakai tau.
Deleteproduk dr china ni kena tgk2 juga ..ada yg ok ada yg tk ok...tp kalo kita jg dgn elok ok juga kan
ReplyDeleteYa, betul tu. Kena jaga elok2 basuh tu jangan bagi kena air tempat suiznya
DeleteAkak nak buka Shopee la lepas ni. Boleh beli letak kat ofis.
ReplyDeleteBoleh tu, cari yang preferred oleh Shopee
DeleteChina product has to buy those branded one
ReplyDeletemight not be heard in Malaysia but better well known in China
but if you unsure, you could read the reviews from other buyers in seller's page
in KL, it's hard to you to survive without income
since one has to pay rental, electrical bill, unifi, water bill, phone charge, food, grocery and etc
Ya, Zumal akan survey dulu jenama tu dan sellernya sebelum beli
Deletecukup mencabar untuk hidup dalam keadaan serba kekurangan..
ReplyDeletebertabah dan bersabar .
terus bersolat sedaya upaya
Alhamdulillah tak pernah tinggal
DeleteAda yang okay tak ada yang tak okay. tapi skang rasanya banyak dah improve dari segi kualiti produk
ReplyDeleteYa, rasanya sekarang banyak dah ok...
Deletekt negara kita, byk produk elektrik antarabangsa. tp kalu kat taiwan, ntah apa2 jenama la smpi pening nk bc. tp sy tgk ok je produk nya...
ReplyDeleteBetul tu Anies, produk dorang pun ok cuma orang kita risau macam-macam
DeleteSaya pun ada beli periuk ni. Sekarang ni rajin nak bawa bekal ke ofis. Cuma kita kena beringat la. Jangan la guna barang tu sampai tak ingat dunia. Huhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah dah setahun masih ok
Delete