KERANA RM6.2 OFF
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Buat ape tu? Dah lunch ke? Kalau belum tu jom order dengan FOODPANDA.
Hmmm hari ni Zumal nak kongsi kisah lucu tengah hari semalam. Memang cerita bab FoodPanda juga. Disebabkan hari Isnin hingga Khamis jer boleh redeem voucher, jadi Zumal pun order la Mekdi melalui FoodPanda.
Semalam sebenarnya tak ada pun cash dalam wallet kecuali sekeping RM1 dan beberapa duit syiling. Kalau sebelum-sebelum ni Zumal order app akan bagi kita pilih nak bayar cash atau banking. Tapi semalam masa klik tu fon tetiba buat hal 'hang' pulak. Dia terus order untuk bayar cash. Jadi Zumal pun gelabah biawak beb. Mana tidaknya sat lagi 🐼 sampai aku nak bayar pakai apa. Sistem barter???
Apa lagi terus start keta yang petrol dah nazak pergi cari atm terdekat. Fuh kerana nak dapat potongan RM6.20 tu punya pasal. Kelam kabut jadinya. Masa withdraw duit tu ada lagi 15 minit jer sebelum 🐼 sampai. Tetiba masa nak balik boleh stuck jem di roundabout Kangar tu ( Perlis pun jem juga sekarang) Zumal dah macam kucing nak beranak dah jadinya 😅
Tapi Alhamdulillah sampai jer rumah tengok Mekdi belum prepare pun order Zumal. Hairan betul. Tetiba naik notification Mekdi cancel order I. Geram lak rasanya wei. Aku dah terkejar-kejar dia boleh cancel lak.
Sekarang Zumal baik jer, takde pun nak maki-maki nanti tambah dosa jer. Zumal order la sekali lagi. Akhirnya nasi lemak Mekdi sampai ke depan rumah.
Inilah first time dapat packaging nasi lemak Mekdi macam kawan-kawan order tu. Yang sebelum ni Zumal order macam bekas bubur nasi je. Maybe kena order dengan ayam rasanya kan. Alhamdulillah makan kenyang, ada diskaun pulak. Kalau takde diskaun Zumal masak jer macam hari ni.
Korang dah install FOODPANDA app dalam telefon ke? Kalau belum mai klik link ni https://fdpnda.app.link/cHF9NXDy4Z dapat potongan RM15 untuk order kali kedua.
Untunglah rumah dkt pekan hihi. Kmi jauh ke dlm panda xmau hantar huhu
ReplyDeleteDekat rumah Farah pun ada kot
Deletefood panda ni takde minimum amount ye? kalau grab ke order RM25 and above kan?
ReplyDeleteOoo yeke, zumal tak pernah guna grab
Deletecerita ini memang mendebarkan ..
ReplyDeletebersyukurlah masih ada RM15 dalam ATM.
saya pernah lalui tiada duit dlm ATM dan beg duit.
ditambah lagi tiada stok makanan..
macam mana tu hehehehe
Tuan Hanafi, RM15 bukan dalam ATM tapi potongan yang dorang dapat bila klik link Zumal jer. Dalam ATM ada baki RM20 yang tak boleh dikeluarkan je. Minimum dalam cimb kena ada RM20
Deleteapa-apapun jumlah duit tidak penting
Deleteyang penting tenang dan gembira selalu
Hehe ok
Deletesaspen saja baca.alhamdulillah semua baik-baik sahaja endingnya =)
ReplyDeleteMacam-macam benda saspen jadi dalam hidup Zumal beberapa hari ni
Deleteseronok la order makanan ada diskaun kn..rmi ckp nasi lemak mcd yg kalini sedap tp tk try lg
ReplyDeleteYa sedap, boleh try nanti
Deleteouch rasa cemas nak bayar order tapi tak da duit dlm wallet
ReplyDeletekalau memang terpaksa, pinjamlah dgn kengkawan ataupun jiran sebelah dulu
Betul tu Emily. Keadaan sangat cemas
Deletelama x singgah sini. imma frequent user of foodpanda once but now i rarely use it. plus last time i was quite sad when my order was cancelled.
ReplyDeleteSetakat sekarang order Zumal 2 kali cancelled. Tapi Zumal order semula
Deletehaha wow. but yeah it's not entirely their fault and it's normal.
Deletewell last time i did order from them for my friend too. XD
Wow, belanja kawan ye
DeleteSenanglah dah ada foodpanda ni..Dah takyah nak keluar bersesak beratur kan zumal..ORder je terus sampai rumah...jimat masa...boleh fokus nak buat benda lain..tempat kita tak cover banyak la
ReplyDeleteSama la Perlis pun tak semua tempat dorang masuk
Deletehhhahaaha mekdi buat lawak.. boleh pulak cancel, mungkin sebab phone diorang pon hang agaknya..
ReplyDeletesemoga dimurahkan rezeki ye... selamat menjamu selera.
Hahaha telefon dorang yang hang yer
DeleteBerapa byr nasi lemak tu lepas dpt diskaun rm6.20??? JM mkn nasik lemak rm1.50 jek 😬
ReplyDeleteAla dah lupa la JM
DeleteOrder through foodpanda ni mesti ada charge delivery kan???
ReplyDeleteYa ada dr RM0 hingga RM3.99
DeleteMekdi ehhh bukan McD 😂
ReplyDeleteJM tak tengok ejaan dorang sempena Merdeka dan Hari Malaysia ke? Dekat bangunan tu ada tulis Mekdi. Tapi sekarang maybe kembali McD kot
DeleteKalau JM la kan..duit dlm dompet rm1++ sanggup x prdee sanggup x p atm..aahaha..sanggup lg mkn apa yg ada kat umah 😬
ReplyDeleteRumah Zumal ada anai-anai, lipas, semut, cicak, nyamuk, lalat, langau, kucing dan tikus je. Peti sejuk pun xde.
Deletehai zumal, maaf saya tak dapat BW buat masa sekarang. tapi saya ada SPECIAL GIFT UNTUK ZUMAL. nanti CLICK LINK INI ya:
ReplyDeletehttps://aniesandyou.blogspot.com/2019/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html
Wah, ada hadiah yer. Terima kasih Anies
Deletelast2 kos jadi 6.20 juga haha sabar je la kan
ReplyDeleteHahaha kos minyak ke sana-sini lagi sangat tak berbaloi kan
DeleteHahaha nak jimat sekali hahaha. Tapi ok jugalah kan
ReplyDeleteHahaha. Tu la tapi nak buat camne dah terpaksa
DeleteTak install pun apps Foodpanda ni sebab tahu nanti mesti tangan asyik scroll je. Confirm kelaut diet haha
ReplyDeleteBetul juga tu, Zumal pun rasa macam nak sorok app ni
Deletekes fp sekarang buat ramai yg boikot ;-)
ReplyDeleteItu la, Perlis baru je masuk dah jadi gitu. Kesian rider
Delete