GUNTING RAMBUT DI KHALIFAH BARBER SHOP
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Sejak akhir-akhir ni perkembangan bulu-bulu dekat muka sangat pesat dan subur. Zumal rasa rimas bila tumbuh tebal sangat macam hutan sekunder jer. Jadi Zumal ambil keputusan untuk melenyapkan hutan belantara tu dari muka bumi, eh muka Zumal laa.
Selepas beli stok megi yang dah habis, terpandang satu Barber shop dekat dengan Zumal parking kereta. Masa tu pukul 2.40 petang tapi kat pintu tulis buka pukul 3 petang. Zumal ambil keputusan untuk tunggu je la. Jimat minyak sikit kalau nak balik lepas tu datang pulak.
Gambar depan kedai (curik kat FB ja) |
Barber Shop yang Zumal maksudkan tu adalah Khalifah Barber Shop. Nama ownernya Encik Khizairi. Lokasi barber shop ni dalam kawasan perumahan Zumal tinggal jer. Baru dibuka katanya. Barber yang gunting rambut Zumal ni muda lagi orangnya tapi dah beristeri la. Beliau katanya asal dari Kota Tinggi.
Rambut baru |
Zumal jadi customer pertama pergi gunting rambut tadi. Barber ni peramah juga. Tak la Zumal rasa boring masa gunting rambut tadi. Zumal memang recommended kedai ni la untuk korang yang nak gunting rambut di Kangar.
Khalifah Barber Shop
Bawah Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kangar
Taman Sena Indah
01000 Kangar
Tel: 01137492044
Masa operasi: 3.00 pm - 11.00 pm
Asalam ..smart dah rambut kan Zumal..
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Alhamdulillah cikgu. Tapi sebenarnya rambut tu elok kalau orang buatkan je, balik sikat tak tadi macam tu dah 🤭
Deletemuda-muda sudah ada kedai sendiri. alhamdulillah semoga tuan kedai dimurahkan rezeki
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kita perlu sokong bisnes macam ni
Deletejauhnya orang Kota Tinggi bukak kedai kat Kangar
ReplyDeleteIsteri dia orang Perlis 🤭
Deleteperhhh rambut baru ha hehehe
ReplyDeleteHehehe, lama tak gunting
DeleteSekali dah gunting nampak lawah...
ReplyDeleteHehe terima kasih
Deletebulu2 dekat muka??? Zumal mana de misai hihih..ehhh ke ada?
ReplyDeleteAda sebab dari bulan Ogos tak gunting, siap berjambang tau
DeleteBeli stok megi? jgn mkn mkn byk sgt megi tu..x elok utk kesihatan..beli beras mkn dgn telur masak kicap pun sodap
ReplyDeleteHehehe nasi ada juga Zumal masak
Deletebetul-betul sokong...tapi maggi tetap sedap hehe
Deleteberapa RM gunting rambunt kat sana...kat sini RM35 tau untuk female la
ReplyDeleteDekat Perlis kalau lelaki around RM10-RM15
DeleteSalam, pertama sekali terima kasih kepada Encik Zumal kerana mengeluarkan artikel berkenaan Khalifah Barbershop. Cuma ada sedikit pembetulan, owner atau pemilik Khalifah Barbershop bukan berasal dari Kota Tinggi. Saya adalah owner Khalifah Barbershop. Individu yang berasal dari Kota Tinggi itu adalah pekerja saya. Terima kasih.
ReplyDeleteNama saya Khizairi manakala Khalifah Babershop adalah sempena nama anak saya.
DeleteTerima kasih Encik Khizairi sudi baca. Nanti saya buat pembetulan
DeleteSama-sama..harap Encik Zumal sudi datanng lagi ke Khalifah Barbeshop..hehehe..saya org Kangar saja..
Delete#supportbisnesanakperlih
InsyaAllah nanti perlukan khidmat saya singgah lagi. Rumah saya dalam perumahan tu je
Deletesegak die dh gunting rambut tu..tkde la rimas dh kan hehe
ReplyDeleteBetul tu, sebelum ni rasa rimas, rambut dah panjang 2 bulan tak gunting
Deleteuntunglah jadi customer pertama. menarik decoration barbershop ni..jauh betul owner dari kota tinggi tu
ReplyDeleteAlhamdulillah la. Sebenarnya owner tu orang Perlis je cuma tukang gunting dari Kota Tinggi
Deleteohh macam tu ceritanya :)
Delete😁
Deletewah teruskan menyokong orang muda =)
ReplyDeleteInsyaAllah Mizi
Deletekacak lepas ke barber ni...jauh zumal nak pi sana hehe
ReplyDeleteHehe, untuk yang dekat2 je la
Deletepewitt rambut bagruuu
ReplyDeleteHehe tenkiu
DeleteBisness anak Melayu. Ingatkan own by kumpulan khalifah. Hehehe!
ReplyDeleteKan. Zumal ingat pun macam tu
Deletesupport #BMF ;-)
ReplyDeleteInsyaAllah
DeleteWahh.. mmg cantik rambut.. makin ensem abam Zumal :)
ReplyDeleteHehe tenkiu sahabat
Delete10 tahun muda dah nampaknya. Pasni, mesti ramai Client nampak zumal memancor. Btw, suka gak kalo gi mana-mana servis perkhidmatan yg mesra mcm kedai barber ni. Kita tak rasa sunyi.. seronok la sembang
ReplyDeleteHehe betul tu tak sunyi sangat
DeleteWah! new hair do nampak kemas dan sesuai dengan Zumal.
ReplyDeleteSukalah dengan deco Khalifah Barbershop tikar getah kotak-kotak black & white hiks!
Sama la Mrs. A, Zumal pun suka deko kedai tu
Deletedi bandar kecik kota saya barber juga banyak bahkan ada yang lengkap dengan cafe fan free wi fi hanya sekitar 10 RM
ReplyDeleteWah, hebatnya. Ni kota saya ramai dari Indonesia open barbershop
Deletewah
ReplyDeletepenampilan baru nih zumal
heheh
Hihi kembalikan nostalgia zaman sekolah
Delete#BMF
ReplyDeleteBusiness gunting rambut paling best sekali... cost operation nya sangat minima...
Betul tu. Arwah tokwan Zumal pun pernah buat partime buka barbershop dulu2
Deleteperniagaan yang bagus..gunting rambut
ReplyDeletekos pada tempat dan peralatan sahaja termasuk bil elektrik