BERMULANYA DI SINI
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Seperti yang korang tahu zumal berhijrah sekali lagi pada 31 Ogos 2020 yang lalu.
Tepat jam 8 malam 31 Ogos 2020 zumal bersama rakan zumal Haji Faizal telah memulakan perjalanan. Perjalanan malam itu sangat mencabar kerana hujan tersangat lebat. Kenapa bergerak malam? Sebabnya kami menyiapkan barang-barang untuk berpindah pada siang hari. Sebenarnya 3 hari juga mengemas dan menyusun dan petang 31 Ogos semuanya selesai. Kami berdua ambil masa untuk berehat sebelum memulakan perjalanan tu. Sarat dua buah kereta dengan barang tanpa boleh memuatkan penumpang... Barang kawan zumal jer. Dia berpindah ke Putrajaya. Kami sampai di basement ofis dia tepat jam 5 pagi. Sampai je kami terus keluarkan barang ke ofis. Sampai jam 6 lebih belum juga settle tapi kami dah letih.
Disebabkan terlalu letih kami balik ke rumah Haji Faizal. Mandi solat dan tidur. Tapi pukul 9 pagi ada kursus. Kawan zumal jer kursus tu. Bayangkan macam mana nak menghadapi kursus dengan letih dan mengantuk tu? Tapi kawan zumal gigih orangnya dia tetap masuk kursus. Tengah hari tu kami sambung punggah barang ke ofis. Dari tengah hari sampai jam 8 malam baru selesai semuanya.
Lepas selesai kami pulang ke Desa Mekar. Mandi, makan dan borak-borak sampai jam 12 malam lepas tu semua hanyut dibuai mimpi.
Tapi...
Perjalanan zumal bukan terhenti di situ. Esoknya zumal bergerak ke Setia Alam. Ya! Zumal bakal bermastautin di Pangsapuri Seroja Setia Alam. Doakan segala urusan zumal dipermudahkan di sini ya... Jangan lupa baca https://kisahlarahatiini.blogspot.com/
Zumal bakal share make over bilik zumal kat rumah baru zumal. Zumal kini jadi housemate bro Faizul tau. Salah seorang rakan seuniversiti dan rakan sekepala, rakan blogger jugak...
semoga Allah permudah semua urusan zumaldi tempat baru
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih akak
DeleteAllhamdulillah. Semoga diluaskan rezeki zumal Di mana jua berada.
ReplyDeleteAamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin
Deletewalawei! zumal jom lepak! seroja dekat je ngan nad..nad stay sentosa!gila gempak..jom!
ReplyDeleteLebih kurang macam berjiran juga la yer. Ok nanti kita pi lepak tau
DeleteSemoga dipermudahkan semua urusan zumal ya
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Alamin
DeleteSekali sekala nak menenangkan jiwa yang lara ni 😂 terima kasih Diana, Aamiin...
ReplyDeleteIkut mendoakan agar segala sesuatu kepentingan Zumal akan selesai dengan baik.
ReplyDeleteKeep spirit 💪
Terima kasih. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin
Deletewahhhh dah pindah ke sini ya... semoga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteInsyaAllah Aamiin. Kadang2 terfikir betul ke keputusan ni 😂
DeleteRabbana atina min ladunka rahmatan wahayyi lana min amrinarashada
Deleteboleh baca doa ni setiap kali nak buat apa2 keputusan. insya allah, urusan kita akan lbh dipermudahkan..
Wahhh apa apa pun semoga semuanya dipermudahkan ✨
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteSemoga dipermudahkan
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan di tempat baru
ReplyDeleteSemoga dpt menyesuaikan diri di tempat baharu.
ReplyDeleteInsyaAllah Aamiin
Deletedah edkat dgn mama dah.. semoga dipermudahkan semua urusan ye zumal
ReplyDeleteAamiin. Oh dekat ye mama
Deletebestnyaa nk make over bili..nnt share..shida suka juga tgk2 org make over bilik ke rumah ke deco2 ke..hehee
ReplyDeleteHihi, hajat tu belum sampai lagi. Masih mengumpul sikit-sikit
Deleteall the best buat Zumal.
ReplyDeleteTerima kasih sis
DeleteGV doakan semoga dipermudahkan semua urusan Mr Zumal ya. InsyaAllah. Aamin.
ReplyDeleteAamiin
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan dan selamat enjoy ditempat baru.
ReplyDeleteAamiin. Tengah enjoy pkpb ðŸ¤
Delete