SELAMATKAN ALAM SEKITAR DAN HIDUPAN MARIN
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Adoi lama pulak menyepi kan? Sorry sebab tak sempat balas komen dan blogwalking. Zumal busy sikit. Busy tidur jer 😂Kali ni pun entri yang zumal dah taip siap-siap untuk dipublishkan pagi ini. Sekarang maybe nak siap-siap pergi GM Klang. Nak tahu zumal buat apa kat sana? Nanti zumal share yer.
Ok zumal nak tanya korang? Apakah tindakan korang dalam menyelamatkan alam sekitar serta hidupan marin di alam kita ni? Tak buat apa-apa pun! OMGeeee!!! Jangan begitu, kita mesti melindungi alam sekitar kita demi kelangsungan hidup kita dan generasi akan datang. Salah satu caranya adalah kitar semula dan juga guna semula.
Penggunaan beg plastik dan straw plastik sebenarnya penyumbang terbesar sampah sarap kat muka bumi ni sampai la ianya termasuk ke dalam sumber air sampai ke laut yang turut menyebabkan gangguan terhadap kehidupan marin. Kau tengok la penyu pun tak dapat beza antara obor-obor dan plastik. Bila dia makan terus tercekik. Kesian tau. Macam tu la juga straw-straw yang terlepas ke saluran air pun penyumbang kepada faktor kematian hidupan marin. Jadi kita perlulah berubah dengan mengurangkan penggunaan beg plastik dan straw plastik tu. Bila kurang permintaan jadi kedai-kedai pun tak lagi menggunakannya.
Kalau tak guna plastik, nak guna apa? Ya, soalan yang bijak tu! Setiap kali kita pergi shopping kita bawalah beg sendiri. Dekat pasaraya tertentu pun ada jual reusable bags tu. Harganya tak begitu mahal. Lagi pun beli sekali boleh guna berkali-kali sampailah dia rosak. Tak la rumah korang serabut dengan plastik lepas tu buang sana sini.
Straw? Kalau kita pergi minum di kedai atau ikat tepi tak perlu la minta straw. Boleh guna straw guna semula tau. Straw guna semula ni pun macam-macam jenis, paling famous tu straw stainless steel, straw kaca dan straw getah.
Zumal nak kongsikan tentang straw stainless steel. Ianya didatangkan dengan warna yang menarik. Confirm boleh guna lama sebab stainless steel. Straw ini boleh dicuci semula lepas guna. Ianya bebas BPA, tiada bau, mudah dicuci dan praktikal.
Korang boleh dapatkan straw stainless steel ini dengan harga cuma RM10 setiap set. Dalam set ini akan didatangkan bersama 1 straw besar, 1 straw kecil lurus, 1 straw kecil bengkok, 1 berus dan sebuah uncang. Mudah la korang nak bawa set straw ini ke mana-mana nanti.
Set Rose Gold |
Set Rainbow |
Susah nak ubah amalan yang dah jadi kebiasaan masyarakat kita.
ReplyDeleteBetul tu wak. Perkara ni memang sukar nak ubah
DeleteTahun lepas anak belikan kami set straw tu. Tapi pakai sekali dua jew sebab minum teguk begitu saja.
ReplyDeleteDah lama kempen amalan kitar semula, tapi belum berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Memang sedih sangatlah sebab belum timbul kesedaran dalam masyarakat untuk amalkannya. Segelintir kecil sahaja yang praktikkan. Kasihan sungguh. Yang buang sampah merata manusia, yang terima akibatnya haiwan yang tak berdosa.
Ya betul tu. Kesedaran dalam masyarakat sangat sedikit.
Deletemmg xbrp best guna straw yg jenis kertas..dpt yg stainless steel ni mmg elok...murah tu..tq for sharing
ReplyDeleteBetul tu ada straw kertas tapi yang tu tak dapat digunakan semula kan
Deletedulu mmg tak suka pakai straw yang jenis mcm ni selain platic tapi sejak2 ni dah get used to it sbb ya la,kita nak selamatkan alam sekitar kan :) thank you sharing link ya
ReplyDeleteYa, siapa lagi kalau bukan kita kan.
Deletebetul, igt lagi masa tempoh mco.. semua pantai jadi cantik and bersih.. ikan pun hidup aman kan
DeleteItulah kan, pencemaran ni berpunca dari manusia, bila manusia terkurung alam pun selamat ja
Deletenak pi mana2 simpan ja dlm beg n straw gini boleh gunakannya kala perlu
ReplyDeleteBetul tu akak Paridah
Deletebuang sampah dalam tong sampah dan kurangkan penggunaan plastik adalah tabiat yang sangat bagus
ReplyDeleteJangan lupa untuk kitar semula juga
DeleteSekarang ni pergi mana-mana memang wajib bawa shopping beg sendiri. Lepas ni bolehlah bawa straw stainless steel tu sekali
ReplyDeleteWah, bagus tu 👍
DeleteKesian penyu tu kan... Tapi la kan, kat Malaysia nie kalau ko tengok, semua longkang akan di alirkan masuk ke sungai... atee.... ini lah yang menyumbangkan lagi pencemaran sungai...
ReplyDeleteMemang kena buat gitu sebab nanti banjir kilat. Cuma tabiat buang sampah tu la penyumbang pencemaran
DeleteMrs. A kalau takde straw minum teguk ajelah kalau jenis kertas ni tak suka macam pelik-pelik je rasa.
ReplyDeleteWah! straw stainless steel ni siap berus dia ya
Betul tu Mrs.A, straw kertas ni rasa macam tak sesuai dan tak selesa
Deletebetul tu, jom ubah!
ReplyDeleteJom Syaz
DeleteStraw stainless steel tu memang bawa ke mana sahaja sekarang.
ReplyDeleteBagus tu Aisya. Semoga semua orang ada kesedaran macam tu
DeleteSekecil-kecil tindakan, impaknya besar di hari ke depan. Sangat sokong pengunaan straw guna semula ni
ReplyDeleteKalau semua orang ada kesedaran macam ni pasti dunia kita tak tercemar. Kan...
Deletecantik set rainbow tu. marilah sama-sama jaga alam sekitar dan hidupan yg hampir pupus. kesian diorang
ReplyDeleteBetul tu kesian mereka semua
Deletemmg patut ada straw nie, boleh simpan dlm beg, senang nk bawa g mana2.. selamat alam sekitar, banyak la manfaat straw nie
ReplyDeleteBetul tu Fiza
DeleteSaya pun dah siap siap sediakan stainless straw ni :) Marilah kita jaga alam sekitar. yang masih menggunakan straw plastik dan plastik tu janganlah dibuang merata rata pun. Bagus juga tindakan bawa beg masa shopping. Jimat penggunaan plastik.
ReplyDeleteBetul tu sama-sama la kita jaga alam sekitar ini
DeleteTindakan saya untuk menjaga alam sekitar adalah dengan mengguna reusable plastic container untuk barang2 makanan yang nak di frozen kan .
ReplyDeleteTindakan yang terbaik
Deletedah beli tapi selalu lupa nak bawak haha
ReplyDeleteSebenarnya kan, kita sama. 😂😂😂
Deletedulu rajin jugak nak bawak straw besi ni..tapi lama2 rasa tak user friendly..lepas pakai, nak kene basuh dulu and terus masuk dalam beg semula..bahaya untuk orang yang mudah dijangkiti bakteria macam saya ni..huhuhuhu
ReplyDeleteOoo macam tu yer. Zumal pun jenis mudah dijangkiti bakteria juga tapi selalu efek telinga
Deletesy guna straw yg starbucks kasi percuma tu je... la ni dah jrg minum luar...so mmg x pakai laa straw nmpk nya hehehe
ReplyDeletesafe the turtle
ReplyDeletekereta sewa
car rental kuala lumpur
car rental KL
kereta sewa murah