JOM MAKAN SAMA-SAMA DI KEDAI AYAMAS
KEUNIKAN AYAM PANGGANG KEDAI AYAMAS
Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang tak jemu untuk dinikmati bersama keluarga. Kualitinya terjamin serta pastinya Halal dan Toyibba.
HIDANGAN LAIN
Kedai Ayamas juga menyediakan ayam panggang secara berkala (LIMITED TIME OFFER) untuk jangka masa tertentu. Ini memberi peluang kepada pelanggan kami untuk merasai pelbagai jenis rasa istimewa ayam panggang. Selain itu mereka juga menyediakan pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.
JOM MAKAN SAMA-SAMA DI KEDAI AYAMAS
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa buat semua. Baru-baru Zumal beritahu Zumal nak pergi GM Klang kan? Ya, inilah kisahnya. Zumal ke Kedai Ayamas di GM Klang. Pergi Kedai Ayamas mestilah nak makan. Tak gitu.
LATAR BELAKANG
KEDAI AYAMAS adalah kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL & TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang lain seperti sosej, burger dan nugget dalam suasana yang moden, bersih dan selesa. Dengan tagline "More Than Just Chicken", KEDAI AYAMAS juga menawarkan pelanggan produk makanan “Ready-To-Eat” seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman.
Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu “Healthy, Hygenic and Halal”.
Kini terdapat 61 rangkaian KEDAI AYAMAS di seluruh negara yang terdiri daripada 33 kedai yang dikendalikan oleh Ayamas Shoppe Sdn Bhd dan 28 kedai yang dikendalikan oleh Pemegang Lesen melalui Program Perlesenan KEDAI AYAMAS.
Produk-produk mereka dibekalkan dari kilang yang telah mendapat akreditasi jabatan veterinary dan Kedai Ayamas sentiasa memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat pensijilan Halal JAKIM. Produk di Kedai Ayamas dijamin halal oleh JAKIM dan mematuhi keperluan badan statutori dan undang-undang Malaysia. Ayam panggang Ayamas diperap daripada bahan-bahan segar, berkualiti dan semestinya dijamin HALAL dan TOYIBBA sejak 1988 lagi
Selain KEDAI AYAMAS, mereka juga terlibat dalam aktiviti perniagaan borong dengan pembekalan ayam segar dan produk sejuk beku HALAL kepada pengedar dan kedai makanan dan minuman lain di seluruh Malaysia.
KONSEP KEDAI AYAMAS
1. KEDAI - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
2. KIOS - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
3. RESTORAN - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoran.
REVIEW KEDAI AYAMAS GM KLANG
Zumal datang ke cawangan Kedai Ayamas GM Klang bersama Ijoy aka Faizul merupakan housemate Zumal. Zumal masih baru tinggal bersama Ijoy. Jarang berkesempatan makan sama-sama walaupun tinggal serumah. Inilah peluangnya untuk bersama housemate yang juga kawan lama sejak belajar di Sintok lagi.
Kedai Ayamas GM Klang ini berada di bahagian hadapan bangunan utama GM Klang, kalau anda parking di hadapan Blok B pasti anda nampak Kedai Ayamas yang berada di lot tepi sekali sebelah kiri Blok B GM Klang. Kedai Ayamas ini pada pandangan pertama pun dah menarik. Ia sangat cantik dan membuatkan kita rasa nak singgah.
Cawangan ini juga bersesuaian buat anda ingin adakan majlis seperti sambutan hari jadi, jamuan pejabat dan pelbagai majlis kecil.
Setelah masuk ke outlet, kami berkenalan dengan supervisor outlet iaitu Encik Kamarul dan staf-stafnya yang sangat peramah. Kami diceritakan tentang outlet dan menu-menu yang ada. Setelah itu kami dihidangkan dengan pelbagai menu yang sangat menggoda.
Di cawangan ini juga anda boleh memilih untuk makan di dalam restoran dengan suasana hawa dingin ataupun boleh memilih makan di luar restoran dengan suasana terbuka.
MENU UTAMA DI KEDAI AYAMAS
Ayam panggang Kedai Ayamas merupakan tarikan utama yang didatangkan dalam tiga rasa yang unik. Terdapat 3 jenis pilihan ayam panggang iaitu ‘Golden, Pepper dan Percik”
Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu
Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat
Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.
Dalam hidangan sampingan ini Zumal sangat suka dengan roti bersama meat ball di Kedai Ayamas ni. Kalau tengok pada pandangan pertama mesti kita anggap roti ini banyak mayonnaise tapi tanggapan Zumal meleset sama sekali kerana rupanya ianya dilimpahi oleh kentang putar yang buat rasanya lebih sedap dan menyelerakan. Selain itu pasta di Kedai Ayamas tak kurang hebat rasanya. Memang terbaik!
PROMOSI DI KEDAI AYAMAS
Untuk pengetahuan anda Kedai Ayamas adakan promosi setiap bulan iaitu “15th and 30th offer” yang menawarkan diskaun harga Ayam Panggang, promosi “Thursday special” dan promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja.
KHIDMAT PENGHANTARAN
Bagi anda yang tidak mempunyai masa ke Kedai Ayamas, anda juga boleh memilih untuk menggunakan khidmat penghantaran seperti grab food dan food panda.
KEDAI AYAMAS BRINGBACKMEMORIES & MAKANSAMASAMA CAIMPAIGN
Selama lebih 30 tahun ini, pasti pelbagai kenangan anda bersama Kedai Ayamas. Terus mencipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar anda menikmati hidangan kami dan hashtag #bringbackmemories #makansamasama. 2 pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020.
LAIN-LAIN PERKHIDMATAN
PENJUALAN SECARA BORONG
Sila hubungi mereka di talian untuk maklumat lanjut berkaitan belian secara borong. Tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Mr Hisham-+60 19-323 0478
Mr Ricky- +60 12-387 4133
Mr Ganesh- +60 19-371 5121
Mr Khairudin - +60 19-277 1785
Puan Khadijah - +60 19-661 6159
FRANCISE
KEDAI AYAMAS sememangnya berdaftar dengan KPDNHEP sebagai pemberi Francais di bawah nama KEDAI AYAMAS. Sila hubungi mereka ditalian untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan Francais KEDAI AYAMAS.
Mr Iswazi - +60 19-267 6200
Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465
Ikuti KEDAI AYAMAS di FB , INSTAGRAM & YOUTUBE
Facebook: Kedai Ayamas – Ayamas Roasters
Instagram: kedai_ayamas
Youtube: Kedai Ayamas Roasters
Nampak moist & juicy jew ayam tu. Sedap ni.
ReplyDeleteMemang sedap Kak Amie 🤗
Deletemengancam nya ayam2 tu yumss
ReplyDeleteSampai terkenang-kenang ayamnya 😁
DeleteNampak sedap ayam panggang tu
ReplyDeleteNanti cuba yer wak
Deletethose ayam. im starving now.
ReplyDeleteKena cepat-cepat pergi makan tu 🤭
Deletekite suka percik.. hehe
ReplyDeleteSuka juga percik tu, sedap kan 😋
Deletetak pernah lagi makan dekat kedai Ayamas.. tapi selalu beli yg fozen food ayamas tu saja.. itu pun dah sedap
ReplyDeleteFrozen food ayamas memang best. Zumal pun selalu beli. Paling penting frozen food yang kita yakin ianya halal kan...
Deletenk makan ayam tipon ja sini kan
ReplyDeletetipon foodpanda je kak, nanti depa hantaq
Deletekalo pi kedai ayamas mmg beli yg percik.fav sgt
ReplyDeleteKan, ayam percik dia memang best
Deletecik en suka dengan ayam panggang dan pasta carbonara dia.. yummy sgt
ReplyDeleteKan cik en, rasanya memang sedap 😋
Deleteuish sedapnya..lapar pulak jdinya..hehhe
ReplyDeleteEsok kena pi Kedai Ayamas k 😁
Deletenampak menyelerakan sungguh hehehe
ReplyDeleteJangan lupa ke Kedai Ayamas yer
DeleteAyammas mmg sedapp
ReplyDeleteKan Farah. Jangan lupa ke Ayamas k
Deleteternaek.. boleh try nanti..
ReplyDeleteJemput ke Kedai Ayamas yer
DeleteTak pernah cuba lagi zumal. Boleh kot lepas ni
ReplyDeleteJangan lupa cuba nanti yer Arz
Deletesedapnya ayam ayamas, mama sekeluarga mmg suka
ReplyDeleteEsok ada menu baru, boleh la try
DeleteAYAMAS dah ada spageti...sedapnya! Nanti akak nak pegi AYAMAS dekat Ipoh ni
ReplyDeleteBetul tu Ayamas dah ada spaghetti, sedap pulak
Deletewahh nampak sedaplaa
ReplyDeleteNanti awak cuba yer.. memang sedap 😋
Deletedi Kota Kinabalu ni macam takda ja sebab belum pernah nampak hehehe nantila kalau ada rezeki jalan2 ke sana bole la cuba hehe
DeleteJarang ai makan kat kedai ayamas. Ke tak pernah ea? Lupa dah. Selalu tapau bawa balik je.
ReplyDeleteAkak suka menu Kedai Ayamas ni. Sedih jg bila cwgn di KK ni tutup bbrp thn lepas.
ReplyDeleteSaya suka juga ayamas. Nasi ayam dia sedap.
ReplyDeleteSemasa bekerja di KL dulu kerap beli ayamas,( ayamas black pepper favorite ) sekarang sejak tinggal ditempat sini tak ada ayamas berdekatan. Miss juga rasanya.
ReplyDeletetingat ex opismet dulu. adik dia keje ayamas. so boleh dikatakan saban minggu dia jamu kitorang ayamas... hehehe... wpn seekor kongsi ramai2 terasa nikmat betul
ReplyDeletenice sharing zumal lama dah ayamas ni sampai sekarang masih bertahan ...
ReplyDeletewahh kegemaran nii. lama tak makan
ReplyDeletesusu tepung
susu tepung penuh krim
susu full cream