Kisah aku dan dia
Assalamualaikum dan selamat malam semua. Dah lama meninggalkan dunia penulisan kat blog ni. Berhabuk dah. Sebelum hangpa ingat tuan punya blog dah arwah jadi aku nak buat comeback la kan 🤣🤣🤣
Kisah aku dan dia
Baru-baru ni aku dapat panggilan dari someone yang aku tak kenal. Aku bukanlah sombong sangat tak nak jawab call dia tapi telefon aku ada masalah sikit. Memang sukar nak dengar suara caller kadang2 caller pun tak dengar aku cakap. Banyak masalah telefon ni maybe sebab dia dah tua. Dah masuk 5 tahun. Akhirnya dia hantar mesej melalui wasap. Rupanya dia memang salah nombor dia ingat aku adalah seorang kenalan bapanya, orang tu namanya Amran. Aku dah kenalnya diri tapi dia ingat aku bergurau. Eh, senget betul minah ni, sebolehnya tak percaya aku cerita betul.
Amran tu pekerja bapanya, dia nak suruh baiki paip rosak. Wei, aku kat Perlis, rumah awak tu kat Selangor. Jauh betul nak tolong pun. Aku ni boleh juga la betulkan paip tu. Kalau dekat aku dah tolong. Tapi tu la jauh. Aku ni masih bela diri aku bukan Amran. Lepas 2 jam dia mesej semula. Sorry pak cik, saya salah nombor katanya. Dalam hati aku kata, kan aku dah kata awak tu salah nombor, salah orang.
Esok pagi, dia mesej aku lagi sorry tau pak cik pasal kemarin, ayatnya gaya Indonesia sikit. Sebab dia berasal dari Indonesia. Sejak itu kami mula mesej, aku pun suka je layan orang. Scammer pun aku layan je kalau depa rajin nak mesej. Aku tau minah ni bukanlah scammer tapi macam nget sikit.
Setelah berhari-hari dia dah tahu umur aku dari pak cik dah tukar jadi encik. Ish ke situ pula. Dan kami selalu kongsi aktiviti harian kami. Sejak semalam dia tersalah panggil aku abang. Akhirnya dah berabang pula. Aku tak kisah sangat. Bukan sebab aku ada ciri-ciri buaya tapi aku ni introvert kalau dalam mesej aku boleh je rapat. Aku suka juga berkawan. Kawan biar beribu cinta biar satu.
Aku pula memang suka tambah contact list sebab aku buat affiliate mana tahu jadi customer 🤣🤣🤣 Buruk betul agenda aku kan. Gitulah mana tahu ada rezeki dapat customer atau dapat...
Saja ja nak kongsi kisah lucu aku dan dia. Moga terus kekal bersahabat. Siapa lagi nak jadi contact list aku ni 😁😬



Comments
Post a Comment