Gempar Penemuan Fosil Dinosour di Pahang
rangka spinosaurus |
gambaran artis-spinosaurus |
PETALING JAYA: Tinggalan fosil dinosour karnivor 'makan ikan'
telah ditemui di Malaysia dan Universiti Malaya dijangka bersedia untuk
mendedahkan buktinya pada Selasa. Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, tinggalan fosil
dinosaur 'spinosauridae' yang dipercayai dari era lewat Mesozoic ini
berkemungkinan besar dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta
dan 145.5 juta tahun lalu. Dipercayai ini menjadi kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia. Fosil dinosaur ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai
oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari jabatan geologi universiti
itu dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia Profesor Ren Hirayama
dari Universiti Waseda di Tokyo. 'Spinosauridae' adalah sebuah keluarga tertentu dinosaur karnivor
yang mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi
berbentuk kon sama ada sangat kecil atau tanpa gerigi. Satu lagi fosil 'spinosauridae' telah ditemui di Australia pada tahun
2011, di mana sebelum ini spesies ini dipercayai hanya wujud di
hemisfera utara. Ahli-ahli sains telah menemui leher vertebrata berusia 125 juta tahun yang sama dengan Baryonx di Victoria, Australia. Dr Masatoshi akan menghadiri sidang akhbar pada Selasa , bersama-sama
dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Canselor UM
Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin dan Dekan Fakulti Sains Profesor
Datuk Dr Mohd Sofian Azirun. Sumber
tak boleh bayangkan klu mereka nie ada lagi pada zaman sekarang..
ReplyDeleteKalau ada tak tahu la zumal nak nyorok katne
ReplyDeleteberjuta tahun sangat lama...
ReplyDeletetanda bumi kita nie dah terlalu tua dan banyak menyimpan sejarah :)
ReplyDeletetua dah bumi kita ni... dinosaur.. ooo.. dinosaur.. lepas ni buat citer lost world versi malaysia lak.. heheh..
ReplyDeletehehe... yang tu zumal sokong 100%
ReplyDeletekekdg terpikir..... camne dorg tau tulang yg disambung tu betul dan akan hasilkan dinosaur rupa mcm tu?
ReplyDeleteBetul juga, bukannya ada sesiapa yang pernah tengok pun...
ReplyDelete