MOH LER BERCUTI DI PANGKOR LAUT
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Buat ape tu??? Tengah planning nak bercuti ke???
Sedar tak sedar lebih kurang 2 bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak dan lepas tu Hari Raya Aidilfitri. Mesti ramai yang planning nak balik kampung masa raya nanti. Tapi kalau cuti panjang-panjang lepas balik kampung boleh la bercuti di pusat-pusat peranginan. Sure seluruh keluarga kita ceria dan gembira.
Zumal nak tanya la korang nak bercuti dalam negara atau luar negara? Wah nak pergi Korea yer??? Wow, best tu!!! Tak kisah la korang nak pergi Korea ke, New Zealand ke, Jepun ke, itu terpulang ler masing-masing. Kalau Zumal, lebih utamakan cuti dalam Malaysia jer. Malaysia ni banyak juga tempat percutian yang best seperti di tanah tinggi yang nyaman, pantai yang bersih memutih, laut yang membiru, taman tema, syurga membeli-belah dan pelbagai lagi. Apa pun nak tempah penginapan dan flight lebih mudah dengan Traveloka tau.
Zumal pilih untuk ke Pulau Pangkor. Ramai yang tak tahu Pulau Pangkor tu bukan sekadar boleh bermain air laut dan bina istana pasir jer. Banyak tempat menarik yang patut kita terjah jika bercuti di Pulau Pangkor.
Antara aktiviti yang boleh korang lakukan di Pulau Pangkor
1. Mandi laut
2. Snorkeling
3. Island hoping
4. Memancing
5. Main Jet Ski
6. Banana boat
7. Berkayak
8. Sukan pantai
9. Melawat tempat bersejarah
10. Melawat industri kecil penduduk
11. Scuba diving
12. Golf
Jom Zumal kongsikan sedikit info menarik tentang Pulau Pangkor yang sure dapat menarik minat korang bercuti di Pangkor juga. Mana tahu kita duduk di resort yang sama lepas tu sebelah bilik pulak yer.
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor |
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah:
Kota Belanda merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan hasil bijih timah di Negeri Perak. Kubu ni hanya 100 meter dari pantai.
Di Pulau Pangkor ada terdapat sebuah batu bersurat. Menurut cerita penduduk batu bersurat ni dipahat dalam sekitar tahun 1700. Batu bersurat Pulau Pangkor ni hanya berdekatan Kota Belanda. Untuk lebih mendalam mengenainya kita kena berkunjung ke Pulau Pangkor dan berborak dengan penduduk-penduduk di sana.
Tokong Fu Ling Kong
Untuk pengetahuan korang di Pulau Pangkor terdapat sebuah tokong yang menarik untuk dilawati. Tokong ini adalah tokong lama yang mempunyai ciri senibina yang cantik macam rupabentuk bangunan macam dalam cerita perang di Negara China tu.
Teluk Nipah
Ada sebuah tempat perkelahan yang sangat popular di Pulau Pangkor. Nanti korang boleh la berkelah dengan keluarga di sana.
Pantai-pantai
Terdapat beberapa pantai yang cantik, bersih yang Zumal recommend korang pergi. Antara pantai tersebut ialah Pantai Puteri Dewi dan Pantai Pasir Bogak. Pelbagai aktiviti pantai boleh korang buat kat sini. Sebelah barat Pantai Pasir Bogak ada kawasan pantai persendirian dan eksklusif yang dimiliki oleh Pangkor Laut Resort.
Gugusan Pulau
Gambar semasa island hoping |
Di Pulau Pangkor ni adalah banyak pulau lain di sekitarnya. Zumal pernah pusing-pusing sekitar Pulau Pangkor hingga ke gugusan Pulau Sembilan. Korang juga boleh sewa bot untuk pergi memancing di sekitar Pulau Pangkor.
BAGAIMANA NAK KE PULAU PANGKOR
Gambar Zumal masa di Jeti Lumut |
Kalau korang berminat untuk bercuti di Pulau Pangkor korang boleh la memilih untuk pergi sendiri atau pun menggunakan perkhidmatan awam. Untuk ke Pulau Pangkor korang harus pergi ke Jeti Lumut. Kalau korang pergi dengan pengangkutan awam tak perlu la cari parking yer. Tapi kalau pergi dengan kenderaan sendiri jangan la risau tempat parking memang mencukupi.
Pilih Pangkor Laut di aplikasi Traveloka dan kemudian korang pilih bilik yang korang inginkan |
Lepas tu paling penting adalah penginapan. Kena booking awal sebab Pangkor ni sentiasa menjadi pilihan pelancong. Zumal suggest korang tempah penginapan dengan Traveloka.
Bilik di Pangkor Laut |
Dining area |
Pantai yang privasi |
Pangkor Laut Resort |
Kalau korang nak percutian yang eksklusif, mewah atau pun ada yang merancang nak honey moon, Zumal suggest korang ke Pangkor Laut Resort. Kat sana bukan saja ada pantai persendirian yang sememangnya privasi tapi pemandangan di Pangkor Laut Resort sangat cantik dan menarik. Kalau korang nak tahu Pangkor Laut Resort dibina di atas air dilengkapi pelbagai kemudahan dan juga ada spa. check out pangkor laut beach resort reviews
Alahai best sangat dapat bercuti kat pulau..dah lama tak pi pulau ni
ReplyDeleteJom book sekarang di Traveloka
DeleteBestnya... Kalau dapat cuti di pulau. In shaa Allah, jika ada rezeki nak jugak ke sana. Thanks atas infonya Zumal 😊
ReplyDeleteInsha Allah semoga dipermudahkan
Deleteantara pulau sebelah barat semnanjung yg belum penah sy jejaki... bla nk pegi, ramai je yg excused menyampah!
ReplyDeleteInsha Allah semoga dipermudahkan...
Deletebestnya g bercuti..:)
ReplyDeleteMemang best Cik Nor
Deletedekat sgt dah ni Zumalll :D haha tapi belum sempat nak plan ke pangkor ni :D
ReplyDeleteHehe dah start keje susah sikit cuti kan. Moga dipermudahkan...
Deleteharitu ada plan nak bawak family pi sna. tp xtau apa aktiviti boleh buat. harini baru dpt info sket..
ReplyDeletepangkor laut ni ada pvt pool ehh?
Ada bro... Boleh honeymoon second time
DeleteWahhh bestnya pergi bercuti. View ia tu cantik sangat
ReplyDeleteBetul tu ciktie... Cantik kat pangkor laut tu
Deletemcm nak repeat je g sana!
ReplyDeleteJom Cik Timm
DeleteSebelum gerak,make sure Traveloka dulu hehe >_< nice sharing!! :D
ReplyDeleteBetul tu Hana
DeleteDulu belajar kat Manjung so mmg hujung minggu turun Lumut..ke Pulau Pangkor mmg lom sampai
ReplyDeleteKenapa tak sampai JM???
Deletedah lama tak pegi Pulau Pangkor
ReplyDeletesyok dapat pergi pulau..huhu blogwalking here!
ReplyDelete