HASIL PELEBURAN
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hasil Peleburan. Memang bukan typo di situ sebab zumal nak share sesuatu yang meleburkan wang.
Sejak dua menjak Mr. D.I.Y wujud di Perlis iaitu di Kangar dan Arau. Zumal bagaikan dihantui saka yang tersimpan di dalam kedai Mr. D.I.Y tu. Sebagai seorang blogger picisan zumal hanya pilih lokasi untuk shopping yang menawarkan produk dan harga yang berbaloi untuk wang anda, eh wang zumal.
Sejak banyak projek review yang menjelma awal tahun ni, tebal la sikit dompet zumal. Sikit jer tebalnya. Tak jadi jutawan pun. Zumal pun kerap la shopping untuk mendeko rumah. Bosan juga kalau persekitaran dalam rumah tu sama ja dari tahun 2002 zumal menetap dalam rumah ni. Bila adanya Mr. D.I.Y zumal pun ambil peluang usha apa yang ada. Tapi selalu bukan usha je mesti akan terbeli jugak. Depa bela saka kot.
Baru-baru ni kan zumal ada beli laptop. Tengah melayari facebook tu tetiba keluar iklan dari kedai saka. Ada jual wireless mouse yang harganya murah. Dedulu mouse tak dak wayar ni harga dekat RM 100 gak. Masa tu laptop pun mahal gila lagi. Tapi kedai saka tu promote ada wireless mouse berharga cuma RM16.90. Tergugat iman.
Petang tu walaupun sakit kaki zumal pergi la Mr. D.I.Y, banyak pula jenis mouse tu. Nasib la tak tergoda beli mouse yang mahal. Zumal beli yang RM16.90 macam dalam iklan tu. Walaupun tak tergoda dengan pilihan mouse lain tapi zumal terjatuh hati pada cashier eh pada sebuah kotak. Kotak tu ada tulis Table Mate. Table Mate ni adalah meja mudah alih yang sesuai untuk letak laptop. Jadi zumal terbeli juga akhirnya. Lepas tu terbeli mouse pad sama. Pada dasarnya nak shopping cuma RM16.90 terlajak hingga RM55.80. Rasa macam nak suruh adik cashier tu cancelkan jer. Tapi saka lebih kuat dari hati ini...
Mai tengok Table Mate yang zumal beli tu. Tinggal dua bijik ja masa tu. Saka tu hasut, hang beli la cepat sat lagi habis...
Harga Table Mate ni cuma RM37.00 je. Lepas tu boleh laras pulak. Boleh letak tepi sofa or tepi katil. Korang jangan praktik letak kat toilet dah la yer. Saka tu pesan, korang pun kena beli jugak... Ok la nak taip entri lain pulak. Jumpa lagi di lain siaran...
wah murah ya..saya baru-baru ni beli wireless mouse rm 20.00 harganya...
ReplyDeleteAah lebih murah dari kedai komputer
Deletehahaha saka yang ini memang kuat! Akak kalau masuk Mr. DIY konon nak tengok-tengok,..tak adenya tengok. Kena buka dompet gak ;)
ReplyDeleteTak pernah keluar dengan tangan kosong. tak gitu
DeleteEh, baru perasan blog Zumal dah lain. Lama tak datang sini.
ReplyDeleteHehe keluar dari kegelapan dulu
DeleteMeja tu nampak bestt
ReplyDeleteBest la, meh beli
DeleteShopping sakan na..hhhee
ReplyDeleteSikit ja tu Mummy
DeleteDIY tu memang ada mcm2 saka... saka perabih duit...haha
ReplyDeleteHahaha betul-betul
DeleteAlahai..post camni yang tak best ni. Rasa macam saka tu dah memanggil-manggil saya pulak pi sana >_<
ReplyDeleteSo sorry, zumal tak bersekongkol dengan saka tu tau
DeleteHaha..mmg ada saka pun kedai nie..masuk nak beli 1 2 brg je skali nak byr penuh bakul...haha tabah jer lah
ReplyDeleteDahsyat saka tu yer
Deletehahahahha kalau dah masuk diy memang lebur seratus padahal nak beli satu dua barang je
ReplyDeleteAah betul tu, semua yang jumpa dalam tu mesti berkenan
Deletesy pggl kedai hantu sbb kalu 'terserempak' mesti nk sggh n beli wpn 1 brg hahahaha
ReplyDeleteHmmm sama la kita Anies
Deletehebat betul saka tu punye penangan hehe
ReplyDeleteZumal dah tak tau nak berubat kat sapa...
Deletewah untung la bro dapat beli mouse yang harga runtuh..
ReplyDeletesaya guna mouse yang bertali berjela jela dengan harga RM20.
lepas tu beli meja plastik dan kerusi plastik..lebur juga RM150..
tak terfikir pulak ada meja lipat begitu..
terasa rugi juga tak cari
Jangan dikesali yer bro. Maybe meja tu lebih luas dari meja zumal ni
DeleteRasa bersemangat nak menulis bila dapat barang baru kan...
ReplyDeleteAah betul tu Eyma. Semangat tu lain...
Deletehahah saka hasut..weh pasaipa sama..AD pon baru beli meja ngan wireless mouse gak..miahaha..btw, mgkin zumal tak perasan setiap kali klik satu pos kat blog zumal mesti akan kua satu blank page..perhaps zumal boleh betulkan error tu
ReplyDeleteHehe sama yer AD. Sebenarnya zumal perasan masalah blog ni tapi zumal dah buat tak menjadi juga...
Delete