KEDAI FAIZAH DAUD PADANG BESAR
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal ni asyik tenggelam timbul je kan. Mungkin suatu masa nanti tenggelam terus agaknya. Hari ni zumal nak cerita pasal misi jalan-jalan cari makan bersama keluarga zumal dalam dua minggu lepas.
Sebelum ni rakan Blogger Utara Cik Timm dah review kedai makan kat Padang Besar ni, tapi zumal ni yang anak jati Perlis sendiri tak pernah pun makan kat situ. Arz pun dah pergi makan kat situ. Bila adik ipar dan ayah tanya kat mana yang best terus zumal buka blog Cik Timm sebab nak tengok kedai mana yang depa makan tu. Zumal sampai di Kedai Faizah ni dah pukul 6.00 petang. Kalau tak silap pada hari Sabtu.
Kedai Faizah ni bertempat di hujung sekali di Arked Niaga Padang Besar. Dekat dengan orang jual orkid tu. Buat kali pertama seumur hidup zumal try order Kerabu Maggi sebab zumal tak pernah makan lagi di mana-mana. Sebenarnya konfius nak order antara somtam, tom yam dan kerabu maggi. Disebabkan kerabu maggi je zumal belum pernah cuba jadi zumal order je la kerabu maggi.
Rupanya kerabu maggi ni campur maggi dan seafood. Alhamdulillah sedap, masam-masam dan pedas berapi. Zumal sebenarnya risau kekalau ada effect sebabnya zumal alahan makanan laut. Kemungkinan demam, bengkak kaki. Tapi ok jer. Boleh la zumal makan lagi nanti.
Dekat Kedai Faizah ni ada banyak menu, maybe kalau kedai makan tempatan sukar nak dapat menu macam tu. Antaranya somtam, padpet, kerabu maggi, kapau, kangsom, pulut ayam dll.
Kalau nak tengok meno depa, hangpa besarkan gambar kat atas tu. Zumal rasa macam nak try semua menu yang ada. Maybe next time ajak Faizul makan di situ. Hehe...
Kalau hangpa mai Perlis jangan lupa singgah di Kedai Faizah Daud ni yer. Kat bawah zumal share location untuk mudahkan hangpa cari nanti.
Alamat:
Kedai Faizah Daud
No. 7 & 8, Pasar Padang Besar
02100, Padang Besar
Perlis.
Selamat menjamu selera semua. Kalau nak belanja zumal sila pm tepi tau.
Lama dah tak pergi padang besar ni. Kalau ke sini boleh try lah makan kat sini.
ReplyDeleteEh Eh zumal jangan tenggelam tau!
Nanti Kak Azi try yer. Insha Allah zumal tak tenggelam...
Deleteantara nikmat yang sukar untuk dinafikan ..
ReplyDeletenikmat makan..
wow terbaik la bro..
kalau ada rezeki yang mencurah-curah boleh jadi Blogger Jalan-jalan cari makan seperti MAHAMAHU..
Hehe Aamiin... Tapi zumal ni banyak alahan susah nak review makanan selalu...
Deletesdapnya kerabu maggi tu zumal..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap kena dengan selera
DeletePI PERLIS XPERNAH MKN DI PADANG BESAR..KALAU P LAGI BOLH AJK ZUMAL MAI KEDAI NI
ReplyDeleteBoleh aje akak...
DeleteSedapnya nampak kerabu maggie tu.. 😍
ReplyDeleteHusniey follow sini
#865
Alhamdulillah sedap, terima kasih sudi follow zumal
Deletewah...boleh belanja saya nanti ni =)
ReplyDeleteInsha Allah boleh je Tarmizi
Deletehahaha..murah rezeki =)
DeleteAamiin...
Deletekalau bicara kuliner awak paling senang
ReplyDeletehehe zumal tak pandai
DeleteLama tak makan ! Sedapnyaaa kalau dapat. Masam-masam pedas pula hmmmm memang terangkat
ReplyDeletejom jom makan
DeleteAda tempat kerabu meggi dia tak sedap. Tapi nasib baik Zumal dapat yang sedap..
ReplyDeleteOwh macam tu yer. Nanti zumal nak try tempat lain pula
Deletenampak sedap kerabu maggie ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap Ejulz
Deletelast 2 weekend,mr.asben naik danok.
ReplyDeletedgn bff dia bertiga singgah padang besar!
tak inform aida.
if not ada aje benda nak dibeli. hu hu hu hu...
aida jugak tak sampai2 padang besar lagi.
Semoga lain kali ada rezeki datang padang besar
Deleteboleh la cuba kedai ni next time. selalu kalau pergi, singgah je kedai mana-mana. kadang2 terkena gak yg tak sedap.
ReplyDeleteYer dulu zumal singgah memana kedai jer. Kali ni saje nak cuba kedai yang pernah kawan2 cerita
Deletehaha, sedap kan makann kedai tu, mmg cenggini hah! nanti nak pi perlis lagi pun nk singgah kedai tu mkn menu lain pulak, hihi..
ReplyDeleteBetul tu memang sedap, zumal pun nak try menu lain pulak nanti...
Deletezumal, suh laa owner dia bukak caw kt kl hahahaha
ReplyDelete