TERINGIN NAK BERKONVOI
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Dalam kebosanan ni teringat pulak idea dari sahabat blogger zumal iaitu Faizul. Apa idea tu? Faizul ajak zumal berkonvoi motor. Malangnya zumal dah tak ada motor. Kena kumpul duit beli motor la nampaknya.
Kenapa yang zumal teringin sangat berkonvoi tu? Biasa la zumal ni rasa stress sangat maybe kalau berkonvoi boleh release tension ni. Boleh tengok indahnya alam ciptaan tuhan.
Pengalaman konvoi dah ada beberapa kali tapi kereta dan 4x4 je. Motor ni tak pernah lagi. Sebab kawan-kawan pakai motor besar, zumal ni tak mampu ikut macam depa tu. Lagi satu kesihatan tak mengizinkan semua tu.
Rasanya kalau zumal nak beli motor pun kena beli yang tak perlu melangkah tinggi untuk naik motor tu sebab kaki dah tak senormal orang lain.
Kat bawah ni zumal share pengalaman geng ofis JKM dulu berkonvoi motor besar dan vespa. Gambar tahun 2012, tak ada gambar video dah hilang. Tinggal gambar motor yang parking je la...
Gambar ni masa Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Perlis pada tahun 2012. Rasanya event ni dalam bulan Disember sebab Zumal masuk kerja di JKM pun 1 November 2012. Kalau dapat beli vespa pun best jugak kan.
Awal tahun lepas buat kali pertama zumal diberi peluang turut serta dalam ekspedisi kenderaan pacuan empat roda anjuran JKM dan Radix. Boleh baca pengalaman zumal dalam ekspedisi tu kat SINI.
Mungkin konvoi seterusnya lebih jauh sebab Faizul nak pusing Malaysia. Kalau ada sponsor baru best kan. Hehehe...
Mrs. A lagilah bawa motor pun tak tahu ngeh! ngeh! ngeh!
ReplyDeleteTengok orang konvoi motor mahupun kereta memang excited.
Zumal sekadar excited je tapi mungkin tak daya
DeleteSaya pun tak pernah ada pengalaman berkonvoi. tapi macam kata zumal, konvoi boleh menghilangkan tekanan sebab boleh tengok alam ciptaan tuhan.
ReplyDeleteBetul tu Haziq
Deletenk ikut.. hehehe
ReplyDeleteHehehe jom jom
Deletewahhh.. terbaek bro..
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteBELILH ZUMAL DPT BRKONVOI RATA DGN KWN2
ReplyDeleteInsha Allah akak PI
Deletetak berapa minat berkonvoi sebab kadang-kadang membawa bahaya.
ReplyDeleteBetul tu Kak Azi, risiko besar
DeleteVespa klasik tu hehe comel2..
ReplyDeleteBetul-betul, teringin nak sebijik tapi tak tau guna clutch
Deletetak pernah join aktviti konvoi macamni
ReplyDeleteZumal pun lebih sebagai urusetia je
Deleteseronok aktiviti mcm ni...sy cuma berkonvoi pergi rumah pengantin kat batu pahat je dr kl hahahaha
ReplyDeleteOk juga la tu, zumal tak pernah pun konvoi pengantin...
DeleteBest konvoi ni. Tambah2 motor besar. Selalu terserempak dgn geng konvoi motor besar kat rnr.
ReplyDeleteAah rajin dorang konvoi kan
Delete