WARUNG NASI SHUKRI
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni tak review movie atau drama yer. Kita review kedai makan pulak.
Isnin lepas housemate zumal iaitu Ijoy ada nampak satu post Kedai Nasi Ganja Setia Alam di facebook. Bila Ijoy check rupanya lokasi tu dekat je dengan kediaman kami. Disebabkan dah tengah hari tak plan nak masak megi atau beli makan lagi jadi kami pun keluar mencari kedai tersebut. Nama kedai tu Warung Nasi Shukri, terletak berdekatan Pangsapuri Sentosa Setia Alam. Nak pergi korang boleh waze atau buka google map jer.
Ini bukannya review berbayar tau, tapi ikhlas dari hati nurani yang suci gitu. Hahaha. Zumal review kerana ianya adalah pilihan kedai makan terbaik yang zumal jumpa sejak tinggal di Setia Alam ni.
Jom tengok apa istimewa Warung Nasi Shukri ni, pertama nasi ganja ni fevret zumal ada ciri-ciri rasa utara. Keduanya tempat ni parking mudah. Ketiganya korang boleh tambah nasi percuma jer tau. Keempat air pun refill percuma. Kelima dah tentu sedap dan berbaloi dengan wang anda.
Dekat Warung Nasi Shukri ni kaunter untuk ambil nasi dan lauk ada kat luar, mudah la orang nak tapau bawak balik tak perlu masuk kedai. Nak makan di kedai pun korang kena pilih lauk kat luar lepas tu masuk cari tempat duduk. Dari awal kami datang makan, orang tak putus-putus datang tau.
Ok la itu saja review zumal, kalau tulis panjang lebar tentang makanan ni nanti zumal jadi lapar pulak. Sekian.
rasa macam familiar laa zumal resto ni... tp x penah try lg ;-)
ReplyDeleteOoo ada cawangan kat tempat Anies kot
Deletexde... area sy byk resto mamak je
DeleteOoo ke kenal owner dia. Sebab tengok ada beberapa blogger kenal owner ni. Zumal je tak kenal ðŸ¤
Deleteoh dkt setia alam je..sure ramai pelanggan dgn tmbh nasi percuma & air refill kn...peminat nasi ganja bole la try sini
ReplyDeleteHehe kena beratur juga sis tapi cepat la dorang bungkus tu
Deletedah lama teringin nak try nasi ganja yg dekat ipoh tu tapi tak berkesempatan
ReplyDeleteSemoga nanti ada kesempatan yer
Deletesedapnya menu restoran tu rajin zumal review cari pahala tu
ReplyDeleteSemoga semua dapat manfaat. InsyaAllah Aamiin.
DeleteApabila peniaga tidak berkira dengan pelanggan, rezeki pun datang tanpa berkira kepadanya semula.
ReplyDeleteBetul tu. Semoga bisnes mereka berkembang lebih maju...
DeleteBagus pemilik resto berikan nasi tambah dan air refill percuma. semoga murah rezeki dia. makanan pun sedap berbaloi dengan wang okaylah tu. boleh pergi selalu.
ReplyDeleteBetul tu sis, bila orang rasa berbaloi pasti orang pergi selalu
Deletetgk gaya nasi sedap ni :)
ReplyDeleteterus lapar tau! hahahaa ^_^
Hehe memang sedap tau
Deleteoo lauk ala utara ye kat sini
ReplyDeleteLauk tu maybe sama ja cuma nasi jenis ni popular kat utara ala-ala nasi kandar
DeleteSelalu jugak teman ke Setia Alam nie... Biasa ke Setia City Mall je... errkkk.... refill lauk pun free jugak... kikikikikiki... mungkin taidak kan... kalau betul laa... waaa, seronok la kome...
ReplyDeleteHahaha memang tidak. Refill nasi jer
Deletewow... terbaik niii
ReplyDeleteair fresher
minyak wangi
minyak wangi lelaki
pewangi kereta