Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum ni Zumal pernah share barang-barang camping yang pernah Zumal beli dan recommended untuk korang. Kali ni Zumal nak share kedai atau shop yang korang boleh beli barang camping di TikTok. Kedai yang trusted la.
Walk Master
Walk Master adalah kedai TikTok yang paling kerap Zumal dapatkan barang camping seperti kerusi dan meja. Zumal bukan beli untuk bercamping sangat cuma kat sini murah jadi Zumal beli untuk jual semula. Lagi pun barang berkualiti, murah dan penghantaran barang yang sangat secure. Korang boleh usha barang mereka di sini https://vt.tiktok.com/ZShktoxmx/
1 STOCK SUPPLY
1 STOCK SUPPLY ni sebenarnya salah satu kedai TikTok yang dimiliki oleh owner kedai Walk Master juga. Tapi kadang-kadang harga yang ditawarkan berbeza dan kat sini lebih murah kalau nak beli bundle, lebih dari satu. Korang boleh ja rujuk kedua-dua kedai untuk pilihan harga yang berbaloi. Disebabkan owner yang sama jadi kualiti barang pun sama bagus juga. Korang boleh usha barang mereka di sini
https://vt.tiktok.com/ZShknmsaU/
PANDA CAMP
Panda Camp adalah jenama Malaysia. Syarikat ini mengeluarkan tilam camping, sleeping bag, khemah dan kerusi camping sendiri. Tapi Zumal suggest tilam dan sleeping bag je 🤠sebab itu yang berpatutan. Khemah juga boleh beli di sini. Kadang-kadang ada diskaun luar biasa. Boleh usha barang mereka di sini
https://vt.tiktok.com/ZShScpQjK/
UTAN KING
UTAN KING adalah satu lagi jenama Malaysia yang tak asing lagi. Mereka mengeluarkan produk seperti khemah, kerusi, beg dan aksesori lagi untuk perkhemahan. Pilihan khemah adalah berbaloi beli di sini. Boleh rujuk kedai TikTok mereka di sini
https://vt.tiktok.com/ZShPHWH6S/
CAMP GURU
Camp Guru adalah kedai TikTok yang menjual pelbagai barangan outdoor yang berpatutan. Dekat sini juga murah dan berbaloi membeli. Boleh rujuk kedai TikTok mereka di sini
https://vt.tiktok.com/ZShPH4uv9/
TAHAN
TAHAN adalah penjenamaan semula jenama PTT Outdoor. Pada awal terjebak barangan camping adalah dengan jenama ni. TAHAN kini mengeluarkan produk sendiri tapi harganya sedikit KERAS. Barangan Insya Allah berkualiti. Tapi Zumal tidaklah suggest korang beli sini kerana pilihan teratas tadi lebih berpatutan tapi jika korang mementingkan jenama boleh dapatkan barang mereka di sini
https://vt.tiktok.com/ZShPHNUPW/Sekian sahaja perkongsian Zumal untuk korang. Sebelum buat pembelian silalah banding harga dan rujuk juga komen pembeli terdahulu untuk lebih selamat. Terima kasih support blog Zumal ni.
UTANKING.. TAHAN.. PANDACAMP tu biasa dgr... Tapi tak pernah lgi beli hihii..boleh la lepas ni beli brand ni semua..
ReplyDeleteBrand ni popular untuk mereka yang suka barang lokal tapi berkualiti
DeletedATANG SINGAH..Apa khabar..teruskan berblog ya Mal..
ReplyDeleteTerharu..masih ada link blog list saya di laman ni
ReplyDelete